Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Men interact with a Baidu AI robot near the company logo at its headquarters in Beijing

Tak Mahu Guna NVIDIA Lagi, Baidu Kini Pilih Huawei Untuk Cip AI

Diterbitkan November 10, 2023 oleh Amal Addin

Gergasi internet China, Baidu telah memesan cip kecerdasan buatan (AI) daripada Huawei tahun ini menurut laporan eksklusif dari Reuters. Pada Ogos lalu, Baidu membuat pesanan untuk 1,600 cip Huawei 910B Ascend AI sebagai alternatif kepada cip NVIDIA.

Langkah itu dibuat sebelum wujudnya peraturan baharu oleh kerajaan AS pada Oktober. Peraturan tersebut mengenakan peraturan lebih ketat ke atas eksport cip AI ke China termasuk yang dibina oleh NVIDIA.

Baidu juga merupakan syarikat AI terkemuka di China yang membangunkan Large Language Model (LLM) iaitu ERNIE yang menjadi enjin pengoperasian ChatGPT yang membantu memberikan jawapan.

Menjelang Oktober, Huawei telah pun menghantar lebih 60% apa yang dipesan oleh pihak Baidu yang terdiri daripada kira-kira 1,000 cip. Jumlah nilai pesanan itu dianggarkan sekitar RMB 450 juta (~RM290 juta). Huawei dijangka akan menghantar baki cip tersebut menjelang akhir tahun ini.

Berkaitan

  • NVIDIA DLSS 3.5 Diumum, Lebih Hebat Dan Sokong Semua Siri RTX
  • MSI Umum Kad Grafik Permainan Edisi Terhad, Hanya 6,000 Unit Di Seluruh Dunia
  • RTX 4090 Founders Edition Rosak Disebabkan Serangga Kecil
  • Foxconn Dan NVIDIA Lancar 3 Model EV Baharu
  • Nak Lawan Apple, NVIDIA Dan AMD Rancang Hasilkan CPU Berasaskan Arm

Sumber: technode, Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY