Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTX 4090 Founders Edition Rosak Disebabkan Serangga Kecil

RTX 4090 Founders Edition Rosak Disebabkan Serangga Kecil

Diterbitkan Oktober 16, 2023 · Dikemas kini Oktober 16, 2023 oleh ariff bukhari

Saluran YouTube northwestrepair menemui sesuatu yang mengejutkan apabila membaiki kerosakan kad grafik Nvidia GeForce RTX 4090 Founders Edition.

Pemilik kad grafik itu menghubungi NorthWestRepair untuk membaiki kad grafik tersebut dengan menjelaskan bahawa mereka memiliki Nvidia GeForce RTX 4090 Founders Edition yang ‘baru’ dibeli dari ‘tempat jualan semula’ tanpa jaminan.

Menjelaskan isu yang dihadapi, apabila kad grafik itu dihidupkan dalam sistem, kad grafik itu akan berputar sehingga kelajuan maksimum, tetapi tidak memaparkan imej pada monitor.

NorthWestRepair memulakan penyiasatan asasnya. PCB (Printed Circuit Board) terdedah sepenuhnya selepas kad Nvidia itu dibuka.

Mereka lakukan semua langkah biasa yang dilakukan oleh pembaikan elektronik: meneliti litar pintas dan voltan yang diperlukan, memeriksa melalui mikroskop untuk kerosakan dan keretakan PCB.

Kemudian, NorthWestRepair memutuskan untuk mengangkat cip AD102 untuk pemeriksaan. Akhirnya mereka menemui dalang kepada kerosakan kad grafik itu selepas menemui bangkai serangga bersayap.

Selepas membersihkannya, kad grafik RTX 4090 Founders Edition itu kembali pulih sepenuhnya.

Siri Nvidia GeForce RTX 4090 Founders Edition telah pun dilancarkan pada September 2022 lalu di mana NVIDIA mengoptimumkan sistem Dual Axial Flow Through, meningkatkan saiz kipas dan volum sirip sebanyak 10%, dan menaik taraf kepada bekalan kuasa 23 fasa.

RTX 4090 Founders Edition Rosak Disebabkan Serangga Kecil
Harga siri Nvidia GeForce RTX 4090 di Malaysia bermula dari RM8,400.

GPU dengan seni bina baharu yang jauh lebih berkuasa dikekalkan dalam kerangka pengudaraan, membolehkan pemain melakukan overclocking bagi mendapatkan kuasa maksimum dari kad grafik tersebut.

Berkaitan

  • (Ulasan) MSI RTX 4070 Ti GAMING X TRIO - Prestasi 4K Pada Harga 'Rahmah'
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • (Ulasan) ASUS ROG Ally - Jentera 'Gaming' Mudah Alih Power Tapi Belum Sempurna

Sumber: Toms Hardware

(Bei pelbagai produk NVIDIA dari stor rasmi di Shopee dan Lazada).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY