Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GNP_Gaming_NV Edition Launch_post-1

MSI Umum Kad Grafik Permainan Edisi Terhad, Hanya 6,000 Unit Di Seluruh Dunia

Diterbitkan September 26, 2023 · Dikemas kini September 26, 2023 oleh ariff bukhari

MSI mengumumkan konsep baharu kad grafik dengan memperkenalkan edisi khas “DROP” iaitu yang pertama “SIRI TERHAD”: MSI GeForce RTX 4060 GAMING X 8G NV EDITION.

Dikemas dengan skema warna HIJAU NVIDIA KHAS dan RGB tambahan di bahagian tepi dan lapisan luarnya, “Drop” ini merupakan peluang pertama untuk penggemar perkakasan dan pemain permainan menunjukkan keunikan mereka.

MSI juga mengambil langkah pertama mereka untuk menghasilkan produk mesra alam baharunya menerusi kad grafik ini  di mana ia didatangkan dalam pembungkusan mampan dengan hanya menggunakan sejumlah pembalut perlindungan produk dan bahan yang sesuai untuk pembungkusan kad grafik tersebut.

GNP_Gaming_NV Edition Launch_post-2
GNP_Gaming_NV Edition Launch_post-1-2
GNP_Gaming_NV Edition Launch_post-3

Dengan hanya 6,000 unit sahaja tersedia di seluruh dunia, sekaligus menjadikan kad grafik ini sangat eksklusif. MSI GeForce RTX 4060 GAMING X 8G NV EDITION  kini sudah tersedia di seluruh dunia sehingga stok masih ada.

MSI tidak menyatakan harga jualan bagi kad grafik tersebut. Tapi bagi siri MSI GeForce RTX 4060 GAMING X 8G, ia dijual pada harga sekitar RM1,600.

Berkaitan

  • (Ulasan) MSI RTX 4070 Ti GAMING X TRIO - Prestasi 4K Pada Harga 'Rahmah'
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Lagi Isu iPhone 15 Pro, Kecacatan Antara Bingkai Dan Skrin Pula

Sumber: Siaran media MSI

(Beli pelbagai produk MSI di stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY