Tak Mahu Ditipu Ketika 'Shopping Online' Sewaktu Festival 11.11? Kenal Pasti Beberapa Perkara Penting Berikut

Saban tahun, tarikh 11.11 menjadi pilihan banyak gedung atas talian untuk mengadakan jualan murah bagi produk-produk mereka. Namun, kita jangan terlalu ghairah dalam membeli kerana ada juga penjual di laman-laman tersebut adalah merupakan scammer atau penipu. Biasanya, scammer ni akan umpan korang dengan tawarkan harga yang tidak masuk akal pada produk-produk mereka.

1. Teliti harga barang yang hendak dibeli



Perkara yang paling penting adalah meneliti barangan sebelum dibeli. Sememangnya harga barangan pada festival 11.11 ini adalah lebih murah berbanding harga biasa, tapi biasanya scammer ni akan tawarkan harga yang mengarut bagi menarik perhatian pembeli. So, sebelum membeli, pastikan korang bandingkan harga yang ditawarkan dengan peniaga-peniaga lain terlebih dahulu. Sekiranya terlampau jauh beza, Islah nasihatkan korang untuk cari je penjual yang lebih dipercayai

2. Salah ejaan dan jenama yang tidak jelas



Nampak seperti benda kecil, namun ramai juga yang tetap membeli dengan menganggap ia adalah kesilapan menaip sahaja atau typo. Tapi korang tahu tak, kalau peniaga tu adalah peniaga yang profesional, perkara-perkara kecil macam ni pun akan diambil berat dan sepatutnya tak boleh berlaku. Jadi jika ejaan pada nama atau jenama produk pun dah tak diambil peduli, elok lah korang tak teruskan belian dan cari penjual yang lain

 3. Semak dulu rating servis dan produk yang diberikan kepada peniaga



Ini adalah salah satu perkara utama yang perlu dilakukan sebelum korang berurusan dengan penjual. Kebanyakan gedung online pasti akan menyediakan ruangan rating pada laman sesawang mereka bagi membolehkan pelanggan berkongsi pengalaman dalam berurusan dengan penjual atau peniaga. Sekiranya rating yang diberikan adalah kurang memuaskan, Islah tak cadangkan korang beli apa apa produk dari penjual tersebut. Kalau tak ada rating langsung, takpayah fikir panjang, tinggalkan kedai tersebut dan teruskan mencari

4. Jangan buat bayaran diluar sistem

Kapsyen: Ini merupakan perkongsian screenshot dari Facebook Kongsi Info Online Shopping Offers (KIOSO).


Setiap pembelian yang dibuat secara terus ke gedung-gedung talian biasanya dilindungi oleh pihak gedung itu sendiri. Sekiranya berlaku sebarang masalah, pembeli boleh menuntut kembali wang mereka. Tapi jika sebarang transaksi dibuat secara luar sistem gedung, kebiasaannya pihak gedung tidak akan bertanggungjawab. Jadi, kalau penjual ajak korang untuk deal luar dari gedung, melalui WhatsApp contohnya, jangan dilayan. Mereka berkemungkinan besar mahu memerangkap seterusnya mencuri duit korang.

Okay rasanya itu sahaja perkongsian untuk kali ni. Kalau korang semua ada pengalaman berurusan atau pernah menjadi mangsa kepada scammer online ini, silakan kongsi bersama kami di ruangan komen sebagai pengajaran kepada orang lain.

Berkaitan