Berdasarkan undang-undang tersebut, individu yang menyebarkan berita palsu mengenai ketenteraan atau kerajaan akan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun.
TikTok ada berkongsi ciapan menyatakan bahawa aplikasi mereka merupakan platform untuk pengguna terus berhubung dan menenangkan diri mereka ketika perang ini. Tetapi mereka juga meletakkan keselamatan pekerja dan pengguna mereka sebagai matlamat utama mereka disebabkan itu mereka terpaksa menyekat servis muat naik dan siaran langsung di Rusia.
https://twitter.com/TikTokComms/status/1500535434610368518?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500535434610368518%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.engadget.com%2Ftiktok-suspends-video-uploads-livestreaming-russia-191153314.html
Bukan itu sahaja, TikTok juga selepas ini akan melabelkan video daripada media di bawah kerajaan Rusia seperti RT pada akaun Tiktok mereka. Label ini juga dapat lihat oleh semua pengguna di dunia.
Selain RT, terdapat lagi beberapa akaun lain yang juga akan mendapat label ini tetapi masih belum pasti berapa banyak.
Selepas Rusia menceroboh Ukraine, banyak lagi platform lain yang telah menentang media daripada Rusia seperti RT dan Sputnik. Reddit menyekat semua pautan yang melibatkan media tersebut. Facebook dan YouTube pula menyekat media mereka ini di Eropah.
Di samping pengehadan ini, pengguna TikTok di Rusia masih lagi boleh menghantar mesej kepada teman mereka di dalam mahupun luar negara.
Sumber: TheVerge, Engadget
Baca juga:
- Ikut Jejak Langkah Yang Lain, Netflix Hentikan Perkhidmatan Di Rusia
- Mi Band 7 Dilaporkan Datang Dengan "Always-On-Display" Dan GPS
- Disney+ Bakal Ada Pelan Langganan Lebih Murah Tapi Ada Iklan
Berkaitan
- Sebab Sekat Perkhidmatan Di Rusia, Netflix Diminta Bayar Pampasan Jutaan Ringgit
- Dulu Sebahagian Dari Rusia, Kini Apple Ubah Wilayah Ini Di Bawah Ukraine
- 'Twitter' China Sekat 10,000 Pengguna Disebabkan Isu Sensitif Terhadap Ukraine
- Apple Hentikan Semua Jualan Produk Mereka Di Apple Store Rusia
- Makin Parah, Kali Ini Google Pula Kenakan Sekatan Pada Pengguna Rusia
- Google Beri Fungsi Amaran Serangan Udara Untuk Pengguna Android Di Ukraine
- Banyak Sangat Sekatan, Rusia Mungkin Benarkan Perisian Cetak Rompak
- Sistem Kereta Api Di Belarus Digodam, Elak Rusia Hantar Tentera Ke Ukrain
- Sertai Cabaran Tiktok Untuk Peluang Menang vivo X70 Pro