Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi Smart Band 6-2

Mi Band 7 Dilaporkan Datang Dengan “Always-On-Display” Dan GPS

Diterbitkan Mac 7, 2022 Ā· Dikemas kini Mac 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sudah 3 bulan kita di tahun 2022 dan ini bermakna beberapa siri peranti akan memperkenalkan model baharunya bagi tahun ini. Untuk siri Mi Band, model terbaharu yang dinanti, ialah Mi Band 7. Pasti semua sudah kenal dengan penjejak kesihatan buatan Xiaomi ini walaupun tidak semua memilikinya.

Untuk model terbaharu, laporan mengatakan ia akan hadir dengan skrin yang lebih lebar namun mengekalkan ketumpatan piksel pada Mi Band 6 iaitu 326 ppi. Jika Mi Band 6 mempunyai paparan dengan resolusi 152 x 486 px manakalaĀ Mi Band 7 dikatakan akan mempunyai resolusi 192 x 490 px di mana perubahan ketaranya adalah dari segi lebar mendatar bukan panjang vertikal.

Ia juga akan dilengkapkan dengan ciri keselamatan di mana pengguna boleh menetapkanĀ kata laluan. Selain itu, mod penjimatan kuasa juga mungkin hadir yang mana beberapa ciri akan dimatikan untuk menjimatkan bateri.

Mi Band 7 Dilaporkan Datang Dengan “Always-On-Display” Dan GPS

Menariknya, laporan juga mengatakan beberapa muka jam turut menyokong fungsi Always-On-Display. Jika benar, maka Mi Band 7 menjadi model pertama dalam siri ini yang menyokong ciri AOD.

Bukan itu sahaja, ciri Smart Alarm yang sepatutnya disertakan dalam Mi Band versi pertama juga berkemungkinan membuatĀ comeback dalam model ketujuh ini. Penggera dengan ciri ini akan membangunkan pemakai apabila dia memasuki fasa light sleep.

Mi Band 7 Dilaporkan Datang Dengan “Always-On-Display” Dan GPS

FungsiĀ GPS dan GLONASS juga dikhabarkan disokong dalam Mi Band 7 dan ura-ura ini dikuatkan lagi mengenangkan ia seharusnya dipasang dalam Mi Band 5 Pro namun dibatalkan.

Bagaimanapun, belum diketahui lagi tentang tarikh pelancaran peranti ini tetapi kita dapat menjangkakan ia pasti dilancarkan sekitar Jun nanti.

Sumber: Logger

Baca juga:

  • OPPO Watch Free Diperkenalkan – Penjejak Kesihatan Dengan Paparan AMOLED Berharga RM449
  • HONOR Umum Watch GS 3 & Earbuds 3 Pro, Dua Peranti Boleh Pantau Kesihatan
  • Apple Watch Jadi Penyelamat Wanita Ini, Kesan Penyakit Lebih Awal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY