Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
disney+ ads

Disney+ Bakal Ada Pelan Langganan Lebih Murah Tapi Ada Iklan

Diterbitkan Mac 7, 2022 oleh Faiz Munir

Siapa di sini yang melanggan Disney+? Kini Disney+ ada berita menarik untuk anda kerana syarikat tersebut telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan beberapa pelan baharu dan juga akan memperkenalkan pelan yang mengandungi iklan dengan harga yang lebih murah.

Memetik kata daripada Kareem Daniel, Pengerusi Pengedaran Media dan Hiburan Disney, dengan menawarkan lebih banyak pilihan dengan harga yang lebih murah kepada pengguna, secara langsung ia akan menarik lebih banyak pelanggan.

Bukan itu sahaja, hal ini juga dapat menyenangkan semua pihak yang terlibat dalam pelan ini termasuk pengiklan dan pengarah filem kerana semua akan mendapat liputan yang lebih meluas, tambahnya lagi.

Sejak dilancarkan, pihak pengiklanan telah dilihatkan peluang mereka untuk menjadi sebahagian daripada Disney+ dan menjadi peluang keemasan juga kepada pengiklan kerana iklan mereka akan disiarkan pada saluran Disney, Pixar, Star wars, Marvel dan National Geographic.

Buat masa ini, Disney masih belum lagi melancarkan pelan baharu mereka cuma yang pasti ia akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

Kini, harga langganan Disney+ adalah $7.99(RM33.39) sebulan yang mana harga tersebut masih lagi berpatutan. Harga untuk pelan iklan ini pula dijangka akan ditawarkan serendar $4.99(RM20.85) sebulan. Dengan harga serendah ini, tiada pengguna yang akan peduli dengan iklan yang terdapat pada pelan mereka disamping dapat strim saluran yang pelbagai daripada Disney+.

Sekadar maklumat tambahan, Disney+ hotstar di Malaysia menawarkan harga RM54.90 untuk 3 bulan. Jika buat sedikit kira-kira, sebulan hanya RM18.3 sebulan, lebih murah daripada harga yang ditawarkan daripada Disney+. Dengan adanya pelan baharu ini, mungkin harga akan jadi lebih murah dan lebih berbaloi daripada yang ditawarkan sekarang.

Pada mereka yang tidak meyukai iklan, jangan risau, Disney+ masih mengekalkan pelan tanpa iklan untuk anda.

Sumber: Businesswire

Baca juga:

  • Ikut Jejak Langkah Yang Lain, Netflix Hentikan Perkhidmatan Di Rusia
  • Baru Keluar Dah Buat Hal, Siri Samsung Galaxy S22 Dibuang Daripada Senarai GeekBench
  • Pelajar IPT B40 Boleh Memohon Tablet Mulai Pertengahan April 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY