5 Barang Xiaomi Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu

Diperkenalkan sejak 2010 yang lepas, jenama Xiaomi semakin gah di mata pengguna. Bukan setakat membariskan telefon pintar permulaan hingga premium setiap tahun, malah Xiaomi turut menawarkan pelbagai lagi produk menarik.

Kali ini kami ingin menyenaraikan kepada anda lima produk yang mungkin anda pernah, atau tak pernah langsung lihat yang ditawarkan oleh Xiaomi di pasaran tempatan.

1. Paip Air Xiaomi



Paip Air jenama Xiaomi merupakan sejenis gajet yang sempurna untuk paip di singki anda. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia mampu menjimatkan air disebabkan oleh fungsi sensor yang dimiliki produk ini. Oleh itu, pencemaran sentuhan akan dapat dielakkan.

Reka bentuk yang ringkas dan moden sangat sesuai untuk kegunaan setiap isi rumah. Anda hanya memerlukan masa selama 3-4 jam sahaja untuk mengecas produk ini untuk kegunaan selama 6 bulan.

Beli di Shopee

Beli di Lazada

2. Pemutar Skru Xiaomi



Pemutar skru jenama Xiaomi ini juga tidak kurang hebatnya, ia hanya memerlukan masa selama 2-3 jam sahaja untuk dicas dan anda boleh menggunakannya dalam satu tempoh masa yang lama.

Produk ini datang dengan satu pemutar skru elektrik, 12 bit keluli dalam satu kotak kecil, rod sambungan, satu kabel pengecas serta buku manual dalam sebuah beg penyimpanan eksklusif Xiaomi.



Beli di Shopee

Beli di Lazada

3. Pam Udara Elektrik Xiaomi

Kini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi mengepam udara tayar kenderaan anda di stesen minyak dengan kewujudan pam udara elektrik jenama Xiaomi.



Pam udara elektrik Xiaomi ini mempunyai saiz yang kecil dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja anda suka. Ia boleh digunakan untuk mengepam tayar basikal, motosikal, kereta dan juga bola.

Masa pengecasan adalah kurang dari 3 jam dengan kapasiti bateri sebanyak 2000mAh (14.8Wh). Waranti setahun juga akan diberikan dalam setiap pembelian.

Beli di Shopee

Beli di Lazada

4. Pengering Rambut Xiaomi



Pengering rambut jenama Xiaomi ini sangat ringan dan mudah dibawa ketika pergi bercuti. Ia dapat mengeringkan rambut dengan cepat tanpa menghasilkan bunyi yang terlalu bising.

Kawalan suhu pintar sebanyak 57℃ menjadikan pengering rambut ini dapat menjaga kesihatan rambut anda.

Setiap pembelian mengandungi satu pengering rambut, satu styling nozzle dan buku manual pengguna.

Beli di Shopee

Beli di Lazada

5. Mini Vacuum Cleaner Xiaomi



Penyedut habuk jenama Xiaomi ini sangat berbaloi untuk dibeli kerana saiznya yang kecil, ringan dan berfungsi tanpa wayar. Ia memudahkan sesiapa sahaja untuk membersihkan habuk di ruangan dalam kereta dan sofa.

Reka bentuknya yang moden dan berwarna putih memenuhi ciri-ciri idaman setiap isi rumah.

Beli di Shopee

Beli di Lazada

https://www.youtube.com/watch?v=wzCwD8eUQm4

Baca juga :

Berkaitan