Kita tahu salah satu slogan atau taktik pemasaran Apple pada produk iPad adalah “Your next computer is not a computer,” di mana mereka seolah-olah cuba “meracun” pengguna bahawa iPad mampu menggantikan komputer. Namun, saya sendiri sebagai pengguna iPad Pro tidak begitu setuju dengan kenyataan tersebut. Ini kerana iPadOS sendiri masih terasa kurang memuaskan untuk digunakan…
Tag: MacBook

Apple Dijangka Umum MacBook Air M4 Seawal Minggu Ini
Dengan pelancaran rasmi iPhone 16e di pasaran, perhatian nampaknya kini beralih kepada pengumuman produk seterusnya. Dalam perkembangan terkini, Apple dilaporkan merancang untuk memperkenalkan model baharu MacBook Air yang dilengkapi cip M4 “seawal minggu ini”. Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, stok sedia ada semakin berkurang dan Apple kini dalam persiapan untuk pengumuman berkaitan Mac dalam tempoh…

MacBook Dengan Skrin Penuh Boleh Lipat Dijangka Hadir Lebih Awal
LG Display menyasarkan untuk memulakan pengeluaran besar-besaran panel paparan MacBook dengan skrin penuh boleh lipat 18.8-inci pada suku keempat 2025, menurut penganalisis rantaian bekalan Apple Ming-Chi Kuo. {suggest} Kuo sebelum ini melaporkan bahawa Apple sedang membangunkan peranti MacBook yang dijangka memasuki pengeluaran besar-besaran pada 2027. Kini, pelancaran produk itu disasarkan lebih awal, iaitu pada 2026….

Model Terakhir Macbook Dengan ‘SuperDrive’ Kini Dikategorikan Usang
Masih ingat dengan model Macbook Pro 13 inci pertengahan 2012? Ia merupakan model komputer riba terakhir yang dikeluarkan Apple yang dilengkapi dengan pemacu cakera (Apple panggilnya sebagai SuperDrive) bagi memainkan CD atau DVD. Berdasarkan semakan terkini di laman sokongan Apple yang menyenaraikan produk-produk Apple yang dikategorikan sebagai vintaj dan usang, Macbook Pro pertengahan 2012 kini…

5 Aksesori Yang Perlu Ada Untuk MacBook
MacBook merupakan antara komputer riba yang terbaik dalam pasarannya. Walaupun begitu, anda masih boleh memaksimumkan potensinya dengan beberapa aksesori yang terbaik terutamanya bagi mereka yang baru memiliki MacBook. Jadi mari kita lihat 5 aksesori yang perlu ada untuk MacBook: 1. Papan Kekunci Logitech Papan kekunci ini memang sesuai untuk dipadankan dengan Mac dengan menampilkan kekunci…

Parallels Desktop 19 Kini Dioptimum Untuk macOS Sonoma
Kebanyakan pengguna yang menggunakan Macbook dan iMac menyukai sistem macOS sebagai platform dan tidak perlu menggunakan Windows. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada pengguna Mac kadangkala memerlukan sistem operasi Windows atas faktor beberapa perisian yang tidak menyokong macOS. Walaupun terdapat banyak cara untuk mengoperasikan Windows pada Mac, namun terdapat satu cara yang percuma iaitu menggunakan Parallels Desktop…