Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook foldable screen illustration

MacBook Dengan Skrin Penuh Boleh Lipat Dijangka Hadir Lebih Awal

Diterbitkan Mei 24, 2024 ยท Dikemas kini Mei 24, 2024 oleh Amalina Athman

LG Display menyasarkan untuk memulakan pengeluaran besar-besaran panel paparan MacBook dengan skrin penuh boleh lipat 18.8-inci pada suku keempat 2025, menurut penganalisis rantaian bekalan Apple Ming-Chi Kuo.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • MacBook Air M3 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM5,199

Kuo sebelum ini melaporkan bahawa Apple sedang membangunkan peranti MacBook yang dijangka memasuki pengeluaran besar-besaran pada 2027. Kini, pelancaran produk itu disasarkan lebih awal, iaitu pada 2026.

Menerusi platform Medium, Kuo berkata Apple bercadang untuk menjadikan panel itu “seboleh mungkin tanpa kesan lipatan” – yang memerlukan kos tinggi untuk panel dan engsel.

Akibatnya, harga MacBook boleh lipat yang dijangka menerima cip Apple M5, berkemungkinan hampir sama mahalnya dengan Vision Pro sedia ada.

Selain itu, Kuo juga menganggarkan penghantaran MacBook boleh lipat akan melebihi satu juta unit pada 2026, menunjukkan bahawa ia akan dilancarkan dalam masa sekitar dua tahun dari sekarang.

Untuk rekod, Kuo merupakan antara tiga sumber yang menyebut MacBook berkenaan, selain penganalisis Ross Young dan portal The Elec.

Sumber: Medium
Rujukan: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY