Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, telah mengarahkan pemulihan semula capaian internet antarabangsa di Iran, yang sebelum ini disekat sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan terhadap negara itu, lapor media tempatan pada Isnin. “Dekrit yang bertujuan memulihkan capaian internet kepada keadaan asal sebelum bulan Januari telah disampaikan kepada Kementerian Komunikasi oleh presiden,” lapor agensi berita Iran,…
Tag: Internet
Internet Mudah Alih Malaysia Kini Ke-25 Terpantas Di Dunia
Berdasarkan kepada kedudukan terkini carta kelajuan internet global oleh Ookla setakat April 2026, Malaysia kini berada di kedudukan ke-25 dalam senarai kelajuan median muat turun internet mudah alih, dengan catatan 154.13 Mbps. Ia merupakan peningkatan sebanyak 2 anak tangga berbanding sebelum ini, sekali gus pencapaian ini menempatkan Malaysia dalam kelompok negara yang menunjukkan peningkatan stabil…
Sekatan Internet Ke Atas Iran Paling Lama Di Dunia, Cecah 864 Jam
Sekatan internet di Iran, yang dikenakan tidak lama selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas negara itu pada 28 Februari, kini menjadi penutupan seluruh negara paling lama pernah direkodkan, menurut badan pemantau NetBlocks. “Sekatan internet Iran kini merupakan penutupan internet berskala negara paling lama dalam sejarah di mana-mana negara, melepasi semua insiden lain…
IBM Dan Cisco Rancang Bina ‘Internet Kuantum’
IBM dan Cisco mengumumkan kerjasama strategik untuk membangunkan rangkaian komputer kuantum berskala besar dan tahan ralat menjelang awal 2030-an. Dalam tempoh lima tahun, kedua-dua syarikat merancang demonstrasi awal yang menghubungkan beberapa komputer kuantum, membolehkan pengiraan melibatkan puluhan ribu qubit dan trilion pintu kuantum. IBM membawa kepakaran dalam membina komputer kuantum, manakala Cisco menyumbang inovasi rangkaian…
Idea Dan Ciptaan Terbaik Sepanjang Zaman – Error 404: Page Not Found
Jika anda seorang pengguna internet, pastinya anda pernah berdepan dengan mesej menjengkelkan ini “404 Page Not Found.” Mesej ini biasanya muncul tiba-tiba apabila kita klik pautan yang mati, salah taip URL, atau cuba capai laman web yang sudah tiada. Bagi ramai orang, ia sekadar satu kod ralat. Tetapi, tahukah anda kisah di sebalik nombor 404…
Akhirnya, Bunyi Ikonik Modem Bakal Hilang, AOL Tutup Dial-up
Bunyi modem yang ikonik ketika disambungkan ke internet di era 90an bakal mengucapkan selamat tinggal. Ia selepas AOL, penyedia perkhidmatan dalam talian yang berpusat di New York City, dan merupakan jenama yang dipasarkan oleh Yahoo! Inc. akan menamatkan perkhidmatan dial-up internet mereka pada 30 September 2025 akan datang. Ini sekali gus menandakan berakhirnya era bunyi…
