TAG Heuer Bakal Melancarkan Jam Pintar Baru May Ini

Tahun lepas Tag Heuer telah melancarkan jam pintar Android pertama yang diberi nama Tag Heuer Connected. Tahun ini pula Tag Heuer sekali lagi bakal hadir dengan sebuah lagi jam pintar pada May ini. Berita ini disahkan oleh CEO Tag Heuer sendiri, Jean Claude Biver di dalam satu temubual baru-baru ini.

Beliau tidak mendedahkan sebarang spesifikasi dan rupa bentuk jam tersebut melainkan ianya akan dibina bersama sokongan GPS, mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama, sambungan yang lancar dan paparan yang diberi nafas baru. Yang pastinya, jam ini akan dijalankan menggunakan Android Wear 2.0 yang akan dipamekan pada 9 Februari.

Menurut Jean Claude Biver lagi, syarikat mereka telah menghantar sebanyak 56 ribu unit Connected walaupun harganya mencecah $1500 (RM 6670). Penjualan Connected sememangnya menjadi kejutan kerana ianya dijual lebih dua kali ganda dari apa yang mereka jangkakan.

download Kapsyen:                                                                                                            Jam Pintar Android pertama dari Tag Heuer, Connected


Jam pintar Connected mempunyai rekaan luar yang sangat terperinici, kemas diperbuat dari logam. Ianya dibina dengan cipset Android Wear dengan 4100 mAh dan RAM bersaiz 1 GB. Ianya juga memiliki 1.5 inci paparan dibina dengan kaca Sapphire Crystal.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=P6TTQMkWC00[/embed]

Sumber:GSM Arena, Android Authority