Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Hentikan Keluaran Pada Tablet, Fokus Diberikan Pada Komputer Riba

Google Hentikan Keluaran Pada Tablet, Fokus Diberikan Pada Komputer Riba

Diterbitkan Jun 21, 2019 ยท Dikemas kini Jun 21, 2019 oleh Haikel Areff

Mengutip laporan dari Computer World, Google tidak lagi akan mengeluarkan tablet dan Pixel Slate yang dilanckarkan pada tahun lalu merupakan produk terakhir. Menurut Ketua pengarah bahagian perkasasan Google, langkah ini diambil ekoran daripada pasaran tablet sudah agak kebelakang berbanding telefon pintar dan pengalaman menggunakan Android pada peranti mudah alih adalah lebih baik.

Lanjutan daripada itu, Google dikhabarkan mengalihkan fokus tablet kepada komputer riba pada masa akan datang, tetapi dalam maasa yang sama tidak akan menghalang dari rakan kongsi luar untuk bekerjasama dalam pembinaan tablet.

Google Hentikan Keluaran Pada Tablet, Fokus Diberikan Pada Komputer Riba

Syarikat terbesar itu baru-baru ini menghentikan dua projek model tablet walaupun ia belum siap sepenuhnya. Bagi pengguna yang sudah mempunyai Pixel Slate, sokongan perisian dalaman akan terus diusahakan oleh pihak Google sehingga Jun 2024.

Berita ini mungkin mengejutkan ramai pihak terutama dari syarikat dan pengasas lain yang cuba untuk mendapatkan khidmat sokongan Android bagi tablet keluaran syarikat masing-masing.

Peranti jenis tablet dari Google ini dikatakan ‘dicabar’ oleh peranti iPad dari Apple dan peranti boleh lipat yang kini sedang menunggu pelancarannya dari pihak Samsung, Huawei dan lain-lain.

Namun begitu, perkhabaran ini bukanlah penghujung bagi keluaran tablet, dimana Google dikatakan cuba ‘mengubah angin’ dengan mencuba sesuatu yang baru apabila laporan mengatakan mereka akan mengeluarkan Pixelbook pada hujung tahun ini.

Baca lagi – Google Sedang Berusaha Untuk Membangunkan Telefon Pintar Boleh Lipat dan beberapa berita mengenai peranti boleh lipat

– Google Pertingkatkan Ciri Keselamatan Aplikasi Pelayar Chrome Dengan Perkenalkan 2 Ciri Terbaru

Sumber: Computer World

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY