Zaman semakin
berubah, begitulah juga dengan tabiat seseorang. Mungkin ada diantara kita yang
gemar membawa majalah ataupun surat khabar ke dalam tandas suatu ketika dahulu.
Kini, telefon pintar menjadi peneman anda ketika berada di dalam tandas. Bagi
mereka yang gemar melayari media sosial ketika di dalam tandas, Tadtoy mungkin
apllikasi pilihan anda selepas ini.
“Kami mahu
menjadi rangkaian media sosial nombor 2” itulah yang dinyatakan oleh Tadtoy.
Aplikasi ini merupakan media sosial pertama yang di bina khas untuk kegunaan di
dalam tandas. Mungkin pelik tetapi pengasas kepada aplikasi ini, Mitch Roth,
memberitahu “Di zaman yang semakin sibuk ini, tandas merupakan tempat terakhir
yang memberi ketenangan kepada kita. Tadtoy memberi peluang kepada anda untuk
berinteraksi bersama keluarga dan rakan.”
Walaupun sudah berada diatas talian lebih dari setahun, seramai 1500 orang sahaja yang menggunakan aplikasi ini. Nampaknya Tadtoy memerlukan beberapa bilion orang lagi untuk menjadi rangkaian media sosial nombor 2.
Berkaitan
- Intel berjaya hasilkan cip pemproses terpantas.
- 100 Pembeli Terawal Telefon Pintar Honor 8 Bakal Terima Cenderahati Bernilai Sehingga RM500
- Samsung ISOCELL Dual - Mampu Selesaikan Masalah Dwi Kamera Peranti Bajet
- Tiga Perkakas Rumah Baru Diumumkan Xiaomi
- Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team
- Apple Lancar program Bug Bounty Pertama
- WhatsApp Tambah Ciri Night Mode Pada Fungsi Kamera
- SUPERDART Mungkin Nama Bagi Pengecasan Pantas Dari realme
- Sistem Imbasan Wajah Galaxy S9 Mungkin Boleh Tewaskan Face ID
- Snapdragon 215 Diperkenalkan, Beri Keupayaan Dwi Kamera Untuk Peranti Berspesifikasi Rendah