Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Lancar program Bug Bounty Pertama

Posted on Ogos 16, 2016Oktober 23, 2016

Syarikat pengeluar telefon pintar dan komputer terkemuka, Apple buat pertama kalinya melancarkan program Bug Bounty. Program itu menawarkan hadiah lumayan berjumlah $200,000 bagi pengodam yang berjaya menembusi sistem telefon pintar dan komputer mereka.

Hadiah bakal diberikan kepada pengodam yang tampil dengan maklumat mengenai kelemahan sistem sekuriti Apple. Ini membolehkan Apple dapat membaiki kelemahan itu dengan segera supaya ia tidak ditembusi lagi.

Apple, yang mengikut langkah syarikat-syarikat besar lain percaya dengan adanya program seperti ini dapat memberi pilihan kepada pengodam supaya tampil memberi maklumat sekuriti tersebut dari menjualnya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab.

Google, Facebook dan banyak lagi syarikat teknologi lain telah lama menjalankan program ini bertujuan untuk meningkatkan sistem keselamatan mereka dari digodam oleh pengodam yang berniat jahat. Sebelum ini, Apple kerap kali dikritik kerana tidak menjalankan program seperti ini. Alasannya adalah mereka telah membayar kepada penyelidik dari syarikat mereka sendiri untuk mengenal pasti kelemahan dalam sistem mereka

Program ini telah dilancarkan oleh Apple di persidangan keselamatan komputer yang berlangsung di Las Vegas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress