Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiga Perkakas Rumah Baru Diumumkan Xiaomi

Tiga Perkakas Rumah Baru Diumumkan Xiaomi

Diterbitkan Februari 25, 2021 · Dikemas kini Februari 25, 2021 oleh Helmi Samsuri

Selain memperkenalkan model andalan terbaharu, Mi 11, Xiaomi Malaysia hari ini turut memperkenalkan tiga perkakas dalam ekosistem mereka bagi kegunaan di rumah. Ia terdiri daripada penyedut habuk, pengering rambut, serta kamera keselamatan rumah.

Mi G10

Mi Vacuum Cleaner G10_15

Ia merupakan penyedut habuk tanpa wayar yang dilengkapi dengan motor digital terbaharu bersama kuasa putaran pada kelajuan 125,000rmp. Dari segi daya sedutan, ia dijanjikan dengan peningkatan 25% berbanding generasi sebelum atau lebih spesifik sedutan udara maksimum 150W.

Menarik mengenai alat pembersihan ini, terdapatnya skrin TFT yang akan paparkan status mod, bateri, bahasa dan fungsi pembersihan lain secara masa nyata.

Mi Vacuum Cleaner G10_08
Mi Vacuum Cleaner G10_07
Mi Vacuum Cleaner G10_06

Kelengkapan lain yang akan datang bersama jika anda membelinya adalah dok didinding dengan bateri boleh ditanggal (65 minit pada mod jimat tenaga), tork pintar dan tong sampah 0.6L boleh tanggal. Mi G10 dijual bermula 26 Mac ini pada harga RM1099 di Lazada serta Shopee.

Mi Ionic H300

Mi Ionic Hair Dryer H300_lifestyle_05

Pengering rambut sedia ada mungkin besar untuk disumbat ke dalam bagasi dan oleh itu, Xiaomi tampil dengan model yang lebih kecil dan ringan. Kelajuan udara dengan kekuatan 20 m/s, sistem pengeringan ini terdiri daripada 7 bilah saya bagi pengeringan lebih pantas, kata Xiaomi.

Mi Ionic Hair Dryer H300_01
Mi Ionic Hair Dryer H300_05
Mi Ionic Hair Dryer H300_09

Mi Ionic H300 akan dijual lebih awal dari penyedut habuk dimana tanggal 13 Mac adalah tarikh jualan pertama perkakas ini. Ia diletakkan pada harga RM129 dan boleh dibeli dari Lazada, Shopee mahupun kedai fizikal Xiaomi.

Mi 2K 360

Mi 360° Home Security Camera 2K_01

Sekiranya anda mahu pantau keadaan rumah, ini dia kamera keselamatan dengan resolui 2304 x 1296, Mi 2K 360. Kamera keselamatan ini dilengkapi dengan aperture f/1.4, lensa 6P dan rakaman malam dengan warna yang dipertingkatkan.

Ada algoritma AI baru untuk kesan manusia dan penggera boleh bezakan bunyi yang tidak sah. Maksudnya fungsi penggera lebih tepat. Ia mampu bergerak 360 darjah dimana pandangan secara menegak mencakupi luas sehingga 180 darjah.

Mi 360° Home Security Camera 2K_02
Mi 360° Home Security Camera 2K_03
Mi 360° Home Security Camera 2K_05

Antara ciri lain yang terdapat pada model ini adalah slot MikroUSB, slot kad MikroSD, pembesar suara, dan mikrofon.

Tarikh jualan sama seperti pengering rambut iaitu 13 Mac dimana nilai jualannya adalah RM189. Boleh dibeli dari Shopee dan kedai fizikal Xiaomi Malaysia.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY