Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt neo2

realme GT Neo2 Dijana Snapdragon 870 Rasmi Dengan Harga RM2099

Diterbitkan November 3, 2021 ยท Dikemas kini November 3, 2021 oleh Amsyar Latif

realme GT Neo2 kini secara rasmi buat pasaran Malaysia. Ia hadir dengan penawaran tiga pilihan warna – NEO Green dan NEO Blue.

Telefon ini tampil dengan spesifikasi seumpama yang dilancarkan di China pada September lalu. Didatangkan cip Snapdragon 870 bersama padanan memori 12GB RAM yang juga menyokong RAM maya (virtual RAM) DRE sehingga 19GB serta storan dalaman 256GB UFS 3.1.

Skrinnya adalah daripada panel AMOLED E4 berukuran 6.62 inci, kecerahan maksimum 1300 nits, kadar segar semula 120Hz dan input sentuh 600Hz. Bekalan kuasa pula sebesar 5000mAh bersama pengecasan 65W SuperDart.

Panel belakangnya menerima kemasan Matte AG dan terdapat tiga lensa belakang yang merangkumi 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Sementara 16MP ditugaskan untuk swafoto.

Screenshot 2021-11-03 at 4.52.58 PM

Antara lainnya adalah termasuk dwi-SIM, pembesar suara stereo Dolby Atmos serta sistem penyejukan Stainless Steel Vapor Cooling Plus baharu.

Harga jualannya adalah RM2099 tetapi sempena jualan pertamanya, ia hanya berharga RM1999. Bagi yang berminat, anda boleh siap sedia pada 11 November ini secara eksklusif di Shopee atau Lazada.

Baca juga:

  • Dua Telefon Pintar Bajet realme Baharu Tiba Buat Pasaran Tempatan

  • Tablet Pertama realme Pad Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM799

  • realme GT Neo2- Peranti ‘Flagship Killer’ Terbaru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY