1. Bateri tahan lama
Biasa kita lihat golongan yang mahukan telefon kelas permulaan ini kebanyakannya mementingkan tempoh penggunaan yang panjang. Tidak kisah perkara lain, janji keluar rumah bateri penuh, balik rumah bateri masih berbaki. Tiada masa nak usung powerbank ke hulu ke hilir lagi.
Usah risau, usah khuatir kerana telefon ini tampil dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh. Berdasarkan ujian makmal oleh pengeluar, ia mampu bertahan selama 48 jam dalam mode standby, setara dengan telefon andalan luar sana malah lebih baik dari beberapa model yang lebih mahal.
Kita bagi senario, jika bateri tinggal 5%, berapa lama ia boleh bertahan? Secara asasnya dengan kuasa sedikit itu dibantu dengan mode Super Power Saving anda boleh dapatkan panggilan suara sehingga 2.21 jam, dengar lagu Spotify sehingga 6.17 jam dan WhatsApp selama 1.62 jam.
Cukup tak?
2. Cas bukanlah paling laju, tapi kena dengan harga
Bateri besar sudah semestinya memerlukan pengecasan yang laju. Dekat sini, pengecasan yang diberikan bukanlah sampai ratusan Watt. Kena ingat, telefon ini hanya berharga bawah RM500 sahaja. Pengecasan 18W sudah dikira memadai dan sepadan.
Ia tidaklah besar tetapi kalau dilihat dipasaran sana, untuk julat harga jualan seperti ini, masih ada lagi yang membekalkan pengecasan 10W. Sudah tidak masuk akal bagi tahun 2021 dengan pengecasan serendah itu.
3. Kamera yang baik
Tak mahal, tak semestinya tak cantik. Ya kita sering disuap dengan kata-kata, lagi mahal telefon itu lagi canggih fungsi kameranya. Betul, tak boleh disangkal. Tetapi tidaklah sampai ke tahap telefon kelas permulaan diharamkan dari berkongsi hasil gambar ke media sosial.
4. Prestasi dikerah dari cip UNISOC T618
Mungkin ada yang akan pertikai mengapa tidak gunakan cip pemprosesan yang biasa kita lihat atau dengar. Tak kenal maka tak cinta. Anda mungkin jarang mendengar kisah mengenai pengeluar cip ini, tetapi ia tidaklah bermaksud, cip ini lemah.
UNISOC T618 merupakan cip 8 teras terbaru yang menggunakan seni bina ARM DynamIQ. Ia turut diiringi dengan teknologi paparan berkualiti tinggi untuk dinikmati pengguna.
Mungkin sukar untuk anda menerima cip ini, apabila ia agak jarang dibualkan ramai. Tetapi jika dibandingkan dengan MTK P35 contohnya, skor Geekbench menunjukkan kelebihan 25% pada UNISOC T618 bagi kategori multi-teras. Ujian tanda aras di Antutu juga mempamerkan keputusan yang agak memberangsangkan seperti yang kita boleh lihat pada imej diatas. Selain itu, ia turut dijanjikan dengan 30% lebih prestasi pada sesi gaming.
Spesifikasi lain
Tahniah anda sudah berjaya melihat keempat-empat ciri yang dipertaruhkan pada telefon pintar kelas permulaan terbaharu ini. Anda mungkin tertanya-tanya, apakah nama model yang kita sembang diatas, betul? Ia merupakan siri C terbaharu daripada realme, realme C25Y.
Dicanang-canang sebagai pencabar baru bagi segmen permulaan, model ini hadir dengan skrin paparan 6.5 inci dari jenis LCD bersama-sama resolusi HD+. Didalamnya pula disumbat dengan RAM 4GB dan storan sebesar 64GB.
Kesemua ini anda boleh dapatkan pada harga RM499 pada jualan hari pertama iaitu 11 November. Harga sebenar model ini adalah RM599. Jadi kalau nak murah, beli awal. Dekat mana nak beli? boleh tekan pautan dibawah.
Satu lagi variasi yang bakal dijual adalah RAM 4GB dengan storan 128GB dan ia dipasarkan pada nilai RM699. Tarikh mula jualan adalah pada 6 November 2021.
Adakah realme C25Y layak menjadi telefon pintar terbaharu anda?
*Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia