Selain realme GT Neo2 dan tablet realme Pad, mereka turut mengumumkan peranti bajet mereka yang terbaru, iaitu realme C25Y dan narzo 50i.
Telefon yang berada dalam kelas permulaan ini hadir dengan cip pemproses UNISOC T618, 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan skrin LCD 6.5 inci beresolusi HD+.
Ditawarkan dengan tiga tetapan kamera di mana 50MP utama, 2MP B&W dan 2MP makro. Bersama-samanya kamera hadapan 8MP. Selain itu, bateri berkapasiti 5000mAh dengan kelajuan mengecas 18W dan mempunyai mod Super Power Saving yang memberikan masa penggunaan tambahan serta sokongan pengecasan berbalik (reverse charging).
Harga jualan rasmi bagi peranti ini adalah bermula RM599 untuk varian 4/64GB. Sementara 4/128GB pula RM699. Namun, sempena kehadirannya, varian dengan storan 64GB boleh didapati pada harga RM499 sahaja semasa jualan pertamanya nanti.
Seterusnya narzo 50i. Peranti ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan C25Y. Ia didatangkan skrin 6.5 inci LCD, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB, bateri 5000mAh, cip 8 teras 1.6GHz, kamera belakang 8MP dan 5MP hadapan.
narzo 50i diletakkan pada tanda harga RM499 tetapi pelanggan boleh dapatkannya lebih murah semasa jualan pertamanya, iaitu hanya RM399.
Apa-apa pun, masing-masing boleh didapati semasa 11 November ini melalui gedung dalam talian realme di Shopee.
Baca juga:
-
realme GT Neo2 Dijana Snapdragon 870 Rasmi Dengan Harga RM2099
-
Tablet Pertama realme Pad Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM799
-
Ciri “Delete for Everyone” Mungkin Tidak Ada Had Masa Selepas Ini