realme GT Neo2 merupakan telefon gaming dengan harga marhaen. Walaupun telefon ini tidak boleh tandingi telefon gaming lain seperti ROG atau Black Shark, realme GT Neo2 ini mempunyai ciri yang tersendiri yang membuatkan ia berada dalam kategori gaming.
SPESIFIKASI
- Cipset: Qualcomm Snapdragon 870 5G (Adreno 650)
- Memori: 12GB RAM + 256GB Storan (UFS 3.1)
- Skrin: 6.62 inci, E4 Amoled HDR 10+, Corning Gorilla Glass 5
- Fitur Skrin: Kadar segar semula 120Hz, imput sentuh 600Hz
- Stainless steel vapor cooling plus
- Pembesar suara: stereo (Dolby Atmos)
- Kamera: 64MP utama , 8MP ultra lebar, 2MP makco, 16MP swafoto
- Bateri: 5000mAh (65W SuperDart)
Rekaan
Panel depan dan belakang peranti ini adalah dari kaca Corning Gorilla Glass 5. Rekaan pada realme GT Neo2 ini ada membawakan ciri gaming seperti yang terdapat pada panel belakang peranti ini.
Unit yang kami terima merupakan warna NEO Green, satu-satunya warna yang memiliki jalur dengan tulisan realme pada bahagian bawah. Untuk jalur yang kecil pula terdapat tulisan ‘Dare to Leap’.
Jika anda tidak suka akan warna ini, anda boleh memilih dua lagi warna lain iaitu NEO Black dan NEO Blue tetapi seperti yang saya kata tadi, 2 warna ini tidak mempunyai jalur menegak.
Skrin realme GT Neo2 ini juga menggunakan skrin jenis E4 Amoled di mana ia mampu memberikan warna yang lebih terang, dan jelas. Ia menggabungkan kemampuan kadar segar semula 120Hz dan imput sentuh sehingga 600Hz. Selain itu, anda juga tidak akan mengalami masalah untuk menggunakan telefon ini dibawah cahaya matahari kerana skrinnya mempunyai kecerahan sehingga 1300 nits.
Prestasi
realme GT Neo2 dikuasakan dengan cipset andalan tahun ini iaitu Snapdragon 870. Jika sebut tentang prestasi, saya boleh katakan bahawa ia setanding dengan telefon gaming yang lain.
Walaupun peranti ini tiada ciri gaming seperti Air Trigger atau Magnetic Trigger, ia masih mampu memberikan pengalaman bermain permainan video yang baik. Selain itu, telefon ini juga mempunyai fungsi memori tambah yang membolehkan anda untuk menambah RAM sehingga 7GB. Tetapi perlu kita ingat, tambahan RAM ini tidak sekali meningkatkan prestasi gaming, ia lebih kepada bantuan ketika melakukan multitugasan. Boleh lihat penerangan kami mengenai RAM tambahan pada video ini.
Seterusnya ke bahagian sistem penyejukan dimana, realme menyertakan ciri Stainless Steel Vapor Cooling Plus yang akan memastikan suhu telefon ini rendah jika digunakan ketika sesi gaming pada jangka masa yang lama.
Sebut tentang gaming, realme GT Neo2 juga mempunyai fungsi GT Mode 2.0 dimana anda boleh menetapkan untuk overclock cipset yang membuatkan prestasi gaming anda lebih pantas dan lancar. Selain itu, ia turut mempunyai beberapa ciri lain yang dapat membantu anda mengalami pengalaman gaming yang baik.
Jika guna realme GT Neo2 ini untuk gaming sepanjang masa, jadi bagaimana dengan bateri? Jangan risau kerana peranti ini didatangkan dengan bateri sebesar 5000mAh dengan pengecasan 65W SuperDart yang mampu dicas penuh dalam masa 36 minit sahaja.
Kamera biasa-biasa sahaja
Pada bahagian kamera pula, secara ringkasnya, telefon ini menggunakan sistem 3 kamera. Seperti biasa, keluaran telefon gaming ini kurang menumpukan kepada sistem kamera mereka. Begitu juga realme GT Neo2 ini.
Walaubagaimanapun, gambar yang dihasilkan tidaklah terlalu teruk dan tidaklah terlalu baik. Untuk ambil gambar seperti biasa, tiada masalah.
Banyak ciri menarik tetapi harga berpatutan
Dengan pelbagai fitur yang diberikan kepada peranti ini, anda mesti tertanya-tanya harga bagi peranti ini. realme GT Neo2 ini hadir dengan satu varian sahaja iaitu memori 12GB+ 256GB storan dan dijual dari tanda harga RM2,099.
Adakah anda rasa harga untuk peranti ini berbaloi dengan fitur yang ditawarkan?