Tablet OPPO Mungkin Hadir Dengan Spesifikasi Ini

Sejak tahun lepas lagi kita ada dengar OPPO mungkin keluarkan tablet pada tahun ini. Namun dengan 2021 cuma berbaki kurang lebih sebulan sahaja lagi, masih tiada bayang ia akan diperkenalkan. Kini, ada sedikit perkhabaran buat kita semua, yang mana sebuah imej telah dikongsikan ke internet.

Imej itu tidaklah menunjukkan rekaan sepenuhnya, tetapi bolehlah sekadar untuk memberi kita gambaran rupa bentuk tablet itu. Ya, sedikit sahaja kerana gambar pun cuma separuh yang ditunjukkan. Jika dilihat, tiada rekaan takuk pada bahagian skrin hadapan. Ini mungkin membawa maksud, kamera selfie adalah dari jenis paparan berlubang dibahagian bucu atas kiri. Mungkin.



Selain dari pendedahan gambar ala-ala mengintai itu, ada juga maklumat belum rasmi lain yang dikongsikan. Dikatakan, tablet OPPO bakal dikuasakan dengan Snapdragon 870, RAM 6GB, storan 256GB, bateri 8000mAh skrin 11 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan menjalankan sistem ColorOS 12 yang berasaskan Android 11.

Bila kita imbas kembali sejak Covid-19 melanda dunia, tablet mula mendapat permintaan tinggi. Sekarang kita boleh tengok, bukan sahaja Apple, Samsung. Huawei dan Xiaomi sahaja ada tablet, malah pengeluar popular lain turut sama mahu terjun ke pasaran ini. Seperti contoh realme melalui realme Pad dan vivo Pad yang diramal pelancarannya tahun hadapan.

Baca juga: