Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Pembangun Aplikasi Candy Crush Saga Mengatakan Permainan Tersebut Tidak Menyebabkan Ketagihan Kepada Pemain

Syarikat Pembangun Aplikasi Candy Crush Saga Mengatakan Permainan Tersebut Tidak Menyebabkan Ketagihan Kepada Pemain

Diterbitkan Jun 27, 2019 oleh ariff bukhari

Disebalik kenyataan itu, seramai 9.2 juta pemainnya memainkan permainan tersebut sekurang-kurangnya 3 jam sehari.

Syarikat yang pembangun aplikasi permainan popular, Candy Crush Saga mendedahkan bahawa lebih daripada 9 juta pemain permainan tersebut akan menghabiskan masa mereka antara 3 hingga 6 jam atau lebih bagi memainkan permainan teka-teki itu.

Jumlah tersebut hanyalah 3.4% sahaja daripada jumlah 270 juta pemain Candy Crush Saga di seluruh dunia. Ia diberitahu sendiri kepada pihak The Guardian oleh Eksekutif Kanan syarikat pembangun King, Alex Dale.

Syarikat Pembangun Aplikasi Candy Crush Saga Mengatakan Permainan Tersebut Tidak Menyebabkan Ketagihan Kepada Pemain

Malah beliau juga memberitahu, pada tahun lepas terdapat seorang pemain aplikasi tersebut telah membelanjakan sebanyak USD2,600 dalam masa sehari sahaja bagi membolehkannya meningkat naik ke tahap seterusnya dalam permainan itu dengan lebih cepat.

Sungguh pun begitu, beliau menyatakan bahawa tiada isu ketagihan yang terjadi dikalangan pemain Candy Crush Saga. Ini kerana, beliau memaklumkan memang ada 2 atau 3 pemain yang menghubungi mereka dalam sebulan bagi menyatakan kerisauan mereka tentang ketagihan yang boleh berpunca daripada bermain permainan tersebut.

Tetapi para pemain itu menyatakan bahawa mereka gembira bermain aplikasi Candy Crush Saga.

Beliau juga memberitahu, pemain utama aplikasi tersebut adalah terdiri daripada wanita yang berumur dalam lingkungan 35 tahun dan ke atas. Mereka ini secara purata akan bermain Candy Crush Saga selama 38 minit sehari.

Malah beliau juga memaklumkan pemain aplikasi mereka juga terdiri daripada pemain yang berumur dalam lingkungan 60an, 70an dan 80an.

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY