Apple bercadang untuk memperkenalkan 3 jenis model MacBook. MacBook Pro tahun ini akan dimuatkan dengan pemprosesan Kaby Lake yang lebih laju dari Intel Corp. Menurut sumber juga, Apple mungkin akan mengetengahkan MacBook Pro 12-inci dengan cip Intel yang lebih gempak. Manakala MacBook Air juga akan dinaik taraf dengan prestasi yang lebih tinggi.
Barisan MacBook hanya menjana 11% daripada $216 billion jualan tahunan untuk 2016, manakala jualan iPhone pula merangkumi 2/3 daripada hasil jualan Apple.
Seminggu yang lepas Microsoft telah melancarkan Surface Laptop, lebih laju, rekaan yang cantik, ciri skrin sentuh dan dijalankan dengan sistem operasi baru yang lebih stabil, Windows 10S. Jadi langkah yang diambil Apple untuk membawakan model baru MacBook merupakan langkah yang tepat pada masa yang tepat.
MacBook untuk tahun 2017 mungkin akan memperlihatkan rekaan yang hampir sama seperti sebelum ini, dengan beberapa penambahbaikkan perkakasan dalamannya sahaja. Menurut Bloomberg, Apple juga sedang membina cip ARM untuk mengendalikan low-power mode MacBook Pro.
Ada lagi satu khabar angin yang mengatakan Apple juga bakal memperkenalkan peranti berbentuk silinder yang dikatakan Siri Speaker. Dilihat pada gambar paten dibawah, ianya menyerupai ciri seperti Amazon Echo, Google Home etc.
Sumber Sumber 2
Berkaitan
- Pengguna Galaxy Note 7 Masih Ramai Berbanding Telefon Android Yang Lain
- Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Diumumkan Secara Rasmi, Hadir Bersama Rekaan Premium Dengan 4 Kamera
- Awas Jika Anda Menerima Pesanan Untuk Menaiktaraf Aplikasi WhatsApp, Telefon Anda Mungkin Akan Digodam
- (Ulasan) Samsung Galaxy Note 9 - Layak Dinobatkan Sebagai Raja Android Bagi Tahun 2018
- OnePlus 6 - Peranti Dengan Kepantasan Yang Anda Perlukan
- Ini 5 Alasan Mengapa Kami Memilih HONOR View20 Sebagai Flagship Yang Berbaloi Untuk Dimiliki
- Huawei Mate 20 Kini Rasmi - Peranti Pertama Dengan Kirin 980, Sokongan NanoSD & Takuk Kecil
- Samsung Galaxy Note 9, Peranti Android Pertama Menerima Permainan Fortnite Versi Mobile
- Samsung Galaxy S20, S20+ Dan S20 Ultra Diperkenalkan- Apa Yang Anda Perlu Tahu
- Samsung Galaxy A51, 5 Sebab Untuk Anda Memilikinya