Lanjutan program tersebut telah diumumkan di dalam satu perkongsian di laman Facebook Switch. Menurut pihak Switch, para pengguna boleh membuat temujanji terlebih dahulu atau boleh terus ke rangkaian Switch berdekatan untuk membuat program penukaran tersebut.
Program tersebut sepatutnya berakhir pada 31 Disember lalu namun pihak Switch melanjutkannya sehingga stok masih ada. Program tersebut menawarkan pertukaran bateri berharga RM 199 bagi model Iphone 6, 6 Plus, 6s, 6s Plus, SE, 7, 7 Plus, 8 dan 8 Plus sahaja.
Dengan adanya lanjutan bagi program pertukaran bateri ini, ia dilihat memberi peluang kepada para pengguna yang terlepas untuk menukar bateri melalui program ini pada tahun lalu.
Namun, perlu diingatkan semula bahawa pogram ini hanya untuk pengguna yang memiliki Iphone yang original dan tidak pernah diservis atau diperbaiki di kedai-kedai yang tidak diiktiraf oleh Apple. Oleh itu kepada para pengguna Iphone 6 sehingga Iphone 8 Plus, jangan lepaskan peluang keemasan ini sementara stok masih ada.
Sumber : Switch
Berkaitan
- Maxis Dan UKM Bekerjasama Untuk Melonjakkan Pembelajaran Digital Di Malaysia
- Realme Menawarkan Pengurangan Harga Bagi Beberapa Model Di Lazada Pada 12 Julai Ini
- iPhone 11 Berjumlah Lebih RM 475,000 Telah Dicuri Di Dalam Sebuah Kereta Di Oregon
- U Mobile Lancar Program Mini Wechat Go Malaysia Untuk Pengunjung Dari Tanah Besar China Ke Malaysia
- Digi Tawar Pra Tempahan Iphone 11, Iphone 11 Pro Dan Iphone 11 Pro Max Bermula 20 September Ini
- Oppo Lancar 3 Jenis Teknologi Pengecasan Pantas
- Jurutera Apple Mendedahkan Bagaimana Mac Pro 2019 Tidak Akan Mengalami Masalah Kepanasan
- Keuntungan Separuh Pertama Huawei Naik 30% Walaupun Alami Sekatan Dari AS
- Samsung Akan Menguji Periskop Kamera Bagi Galaxy S11
- Ranking Dxomark Bukan Penanda Aras Sebenar Kualiti Kamera Telefon Pintar