Jurutera Apple Mendedahkan Bagaimana Mac Pro 2019 Tidak Akan Mengalami Masalah Kepanasan

Mac Pro 2019 merupakan Mac yang paling berkuasa yang dikeluarkan Apple. Oleh kerana ia mempunyai spesifikasi yang berkuasa sudah semestinya ia akan mengalami kepanasan ketika menggunakannya.



Oleh itu, jurutera dari syarikat gergasi dunia tersebut mendedahkan bagaimana Mac Pro 2019 mengatasi masalah kepanasan dan bagaimana ia mengawal paparan Pro Display XDR dalam mengatasi masalah tersebut.

Rekaan Unik Yang Berperanan Mengawal Kepanasan


Mac Pro dan Pro Display XDR mempunyai reka bentuk yang unik. Keunikan reka bentuk tersebut turut bertujuan untuk memastikan Mac Pro sentiasa beroperasi dengan lancar tanpa mempunyai isu kepanasan.



Jurutera Apple iaitu Chris Ligtenberg dan John Ternus mendedahkan bahawa Mac Pro 2019 tidak akan mengalami isu kepanasan dan bunyi kipas yang kuat ketika beroperasi.

Dengan menggunakan kerangka dengan rekaan lubang jenis “myriad holes”, ia banyak ruang bagi mengelakkan Mac Pro mengalami isu kepanasan.

Begitu juga dengan Pro Display yang mempunyai lubang berbentuk hemisfera dan rekaan ini mampu untuk mengelakkan udara terperangkap di dalam saluran.

Hadir Dengan Rekaan Kipas Istimewa


Mac Pro dan Pro Display XDR juga hadir dengan rekaan kipas yang dinamakan “quiet fan” yang bertujuan untuk menyejukkan beberapa komponen di dalamnya.



Ia merupakan rekaan kipas istimewa di mana bilah kipas berkenaan direka khas bagi mengurangkan bunyi.

Dengan rekaan kipas tersebut, Mac Pro 2019 mempunyai sistem pengudaraan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Mac Pro 2019 dijual pada harga RM25,999 manakala Pro Display XDR dijual pada harga RM 19,999 bagi paparan biasa dan RM 25,999 bagi paparan “Nano Texture Glass”.

Sumber : Apple Insider

Baca Lagi : Max Pro Dan Apple Pro Display XDR Telah Mula Dijual Di Malaysia.