Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Realme Menawarkan Pengurangan Harga Bagi Beberapa Model Di Lazada Pada 12 Julai Ini

Realme Menawarkan Pengurangan Harga Bagi Beberapa Model Di Lazada Pada 12 Julai Ini

Diterbitkan Julai 9, 2019 oleh irfan suhaimee

Berita baik buat semua, terutamanya kepada yang bercadang ingin membeli telefon pintar dengan harga yang berpatutan pada bulan ini.  Pada 12 Julai ini, Realme dan Lazada akan bekerjasama untuk menawarkan potongan harga bagi beberapa buah model telefon pintar keluaran syarikat  itu. Realme Menawarkan Pengurangan Harga Bagi Beberapa Model Di Lazada Pada 12 Julai Ini

Realme C1 adalah salah satu daripada peranti yang mendapat pengurangan harga dan ia dinobatkan sebagai telefon pintar terlaris di Lazada. Realmi C1 dilihat mendapat pengurangan harga RM 50 pada 12 Julai ini dengan harga asal RM449 turun ke RM399.  Mulai sekarang hingga 11 Julai ini, para pengguna boleh membuat pra-tempahan bagi peranti ini dengan membayar deposit terlebih dahulu sebanyak RM34.90 dan boleh mendapatkan peranti ini dengan harga RM349, berbanding RM399 pada 12 Julai ini.

Manakala pembeli yang membeli realme 2 Pro (4 + 64GB) pada harga RM499 dari RM799, akan mendapat Lazada Plus Care secara percuma untuk waranti selama 1 tahun. Lazada Plus Care meliputi waranti bagi skrin retak, penggantian bahagian peranti dan masalah elektrik & mekanikal peranti.

SLIDE PRESENT WEB DESIGN

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Lebih menarik lagi ialah pembeli akan menerima Speaker JBL apabila membeli Realme 3 (3 + 32GB), Realme 3 Pro (4 + 64GB) dan Realme 3 Pro (6 + 128GB). Akhir sekali, pembeli juga berpeluang memenangi baucer RM 20 ketika bermain LazGame di aplikasi Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY