Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Super Mario Run Untuk Android Boleh Dimuat Turun Bermula 23 Mac Ini

Super Mario Run Untuk Android Boleh Dimuat Turun Bermula 23 Mac Ini

Diterbitkan Mac 18, 2017 oleh Helmi Samsuri

Berita baik dan menggembirakan buat penggemar permainan terkemuka, Super Mario Run, ia bakal ditawarkan untuk muat turun peranti android 23 Mac ini.

Selepas 3 bulan dikeluarkan hanya untuk peranti iOS, kini para pengguna Android boleh merasai permainan yang sama dengan peranti mereka.

Pengumuman telah dibuat oleh akaun Twitter Nintendo Amerika Syarikat yang mana mereka mengesahkan tarikh pelancaran Super Mario Run tersebut.

Android version of #SuperMarioRun will be available on 3/23 with the Ver.2.0.0 update! Pre-register now: https://t.co/dAxzTlppnG pic.twitter.com/nQ0T4znOBt

— Nintendo of America (@NintendoAmerica) March 18, 2017

Syarikat itu turut menambah, Super Mario Run bagi Android ini akan disertakan sekali dengan kemaskini 2.0. Dalam kemaskini tersebut beberapa karakter akan ditambah.

Mungkin anda tertanya-tanya adakah Super Mario Run akan dimainkan serupa sepertimana ia dimainkan di konsol.

Ya, sama seperti konsol, ia berlari disepanjang latar belakang 2D dan dengan halangan-halangan yang pasti mencabar kesabaran anda ketika bermain.

Bagi platform iOS, Super Mario Run telah dimuat turun lebih 78 juta kali sejak ia pertama kali dilancarkan awal Januari 2017 yang lalu.

Super-Mario-Run-iOS

Muat turun Super Mario Run untuk iOS anda.

Sumber: Twitter Nintendo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY