Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bandar purba sungai tigris

Sungai Tigris Semakin Kering, Menampakkan Bandar Purba Berusia Lebih 3000 Tahun

Diterbitkan Jun 8, 2022 · Dikemas kini Jun 8, 2022 oleh ariff bukhari

Sekumpulan ahli arkeologi dari German dan Kurdish telah menemui sebuah bandar purba yang sebelum ini tersembunyi di dasar Sungai Tigris.

Bandar purba itu yang kini terletak di dalam daerah Kurdistan, Iraq dipercayai dari era Empayar Mittani yang dianggarkan berusia 3,400 tahun.

Bandar itu ditemui oleh para ahli arkeologi itu selepas air Sungai Tigris semakin kering. Sekaligus memperlihatkan kandungan bersejarah yang ada di dalamnya.

bandar purba sungai tigris 2
Antara barangan purba yang ditemui di tapak lokasi bandar tersebut. Kredit: Universiti Freiburg

Ketika eranya, bandar purba yang dikenali sebagai Zakhiku itu dipercayai menjadi pusat penting kepada Empayar Mittani sekitar tahun 1550-1350 sebelum masihi.

Pusat bandar itu lengkap dengan struktur bangunan besar seperti istana dan beberapa bangunan-bangunan besar yang lain.

Keadaan Sungai Tigris yang cetek kini telah membolehkan ahli arkeologi memeta dan mendokumentasi keluasan bandar itu.

bandar purba sungai tigris 3
Keadaan Sungai Tigris yang semakin kering menmbulkan bandar purba ini. Kredit: Universiti Freiburg

Seorang daripada ahli arkeologi itu bernama Dr. Peter Pfälzner dari Universiti Tübingen menyatakan, dengan penemuan bandar purba itu mereka berharap akan dapat memahami lebih lagi tentang pengakhiran era Mittani dan permulaan kepada pemerintahan orang Assyria di rantau itu.

Sungai Tigris merupakan salah satu sungai terpenting selain dari sungai Furat yang menjadi sumber air kepada pertanian, tenaga hidro dan juga laluan kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Sumber: UNIVERSITY OF FREIBURG

Baca juga:

  • Sah, Apple Perlu Patuh Undang-Undang Ganti Lightning Dengan USB-C
  • iPhone 14 Pro Barangkali Hadir Dengan Ciri Paparan Kekal Selepas Apple Watch
  • Gurman: iOS 16 Akan Ada Ciri Paparan Kekal, ‘Widget’ Pada ‘Wallpaper’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY