Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SUKMA Perak Bakal Tampilkan “ESport Experience”, Melibatkan FIFA, PES, Dan Mobile Legends

SUKMA Perak Bakal Tampilkan “ESport Experience”, Melibatkan FIFA, PES, Dan Mobile Legends

Diterbitkan September 5, 2018 · Dikemas kini September 5, 2018 oleh Helmi Samsuri

Acara e-sukan kian mendapat tempat dalam temasya sukan diperingkat tertinggi seperti contoh pada Sukan Asia 2018 yang berakhir baru-baru ini.

Walaupun dipertandingkan sebagai acara demonstrasi pada sukan terbesar dirantau Asia itu, ia dilihat sebagai platform yang mampu melonjakkan lagi arena e-sukan di mata dunia.

Kini, sepertimana yang dilaporkan oleh Astro Awani, 3 permainan video bakal ditonjolkan pada SUKMA Perak kali ini. Permainan yang disebutkan adalah FIFA, PES dan juga Mobile Legends.

Laporan tersebut juga menyatakan e-sukan belum lagi dipertandingkan sebagai acara SUKMA dan ia juga belum dipilih sebagai sukan pertunjukkan.

Acara yang dipanggil Esports Experience itu dijadualkan berlangsung pada 21 September dan 22 September depan, bertempat di Stadium Mulia Ipoh, Perak.

Memetik kenyataan dari laporan Astro Awani yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How, acara tersebut bakal dibarisi oleh pemain-pemain profesional tempatan seperti AmTuah, Shige, dua atlet PES Malaysia iaitu Keron dan Haikal, serta pasukan Mobile Legends, MyA.

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY