Stylus S-Pen Untuk Galaxy S21 Ultra Perlu Dibeli Berasingan, Telefon Tiada Lubang Untuk Menyimpan S-Pen

Salah satu fungsi menarik yang ditunggu-tunggu pada siri Galaxy S21 adalah sokongan S-Pen. Pun begitu, hanya 1 dari 3 model yang diumumkan iaitu Galaxy S21 Ultra.



Jika anda menyangka S-Pen ini akan disertakan sekali bersama pembelian Galaxy S21 Ultra, anda tersilap. Ini adalah kerana Samsung hanya menyertakan sokongan untuk S-Pen sahaja, bukannya stylus tersebut.

Tiada S-Pen yang diletakkan dalam kotak, malahan lubang untuk penyimpanan S-Pen pada Galaxy S21 Ultra juga tiada.

Untuk pengguna yang mahu menggunakan S-Pen bersama Galaxy S21 Ultra, anda perlu membeli kerangka khas yang dijual berasingan oleh Samsung. Sudah tentu ia akan menjadikan telefon yang sudah sedia besar lebih besar dengan kewujudan kerangka tersebut.



Melalui laman rasmi Samsung Malaysia, mereka menyenaraikan dua jenis kerangka dengan sokongan S-Pen, namun tiada harga rasmi yang diletakkan.



 

Kelihatannya, mungkin Samsung masih mahu pengguna untuk membeli telefon dari siri Galaxy Note jika mahukan ciri S-Pen terbina.

Jadi, walaupun sokongan S-Pen adalah eksklusif untuk Galaxy S21 Ultra, anda tetap perlu untuk membeli kerangka khas jika bercadang mahu menggunakannya secara tegar.

 

Berkaitan