Syarikat elektronik, Alienware kini mengambil langkah yang sama seperti syarikat-syarikat elektronik yang lain dengan menampilkan keluaran produk komputer buku (notebook) dan komputer riba siri Alienware bersempena dengan acara CES 2024.
Terdapat tiga model yang disediakan Alienware iaitu Alienware m16 R2, Alienware x16 R2 dan Alienware m18 R2.
Alienware m16 R2
Model m16 R2 ini dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 155H dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070. Komputer buku ini juga menjalankan Windows 11 yang dilengkapi dengan 2 slot RAM DDR5-5600MHz dan 2 slot 8TB SSD M.2.
Paparan skrin yang digunakan adalah skrin QHD+ (2560 x 1600) 16 inci dengan kadar segar semula 240Hz.
m16 R2 ini juga dilengkapi dengan Dolby Vision dan sistem audio Dolby Atmos bagi menyediakan kualiti sebenar sesuatu video atau tayangan itu.
Ia juga hadir dengan FHD IR webcam yang menyokong ciri pengecaman wajah seperti Windows Hello.
Untuk sistem penyejukan, komputer buku ini menggunakan Alienware Cryo-tech dengan 94 bilah kipas serta 4 saluran tembaga bagi pengaliran haba yang lancar.
Tambahan lagi, pengguna akan dapat menikmati satu mod baharu yang dinamakan sebagai ‘Stealth Mode‘ apabila menekan butang khas yang ditambah untuk model ini. Ia akan mengubah warna lampu RGB pada papan kekunci kepada lampu latar putih.
Kemudian, tekan Fn + F2 untuk ‘Quiet Mode‘ yang beralih daripada mod gaming kepada mod bekerja dengan pantas serta memperlahankan bunyi kipas.
Alienware x16 R2
Untuk model x16 R2 pula, ia dikuasakan dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 atau Ultra 9 dan juga pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX 4080 atau RTX 4090. Komputer riba ini juga menyediakan 8TB RAID 0 untuk storan dan 32GB RAM LP-DDR5X.
Buat masa sekarang, model ini akan menggunakan paparan skrin QHD+ 16 inci dengan kadar segar semula 240Hz dan dikatakan akan diperbaharui kepada skrin FHD+ 480Hz.
Sama seperti m16 R2, ia lengkap dengan kamera FHD IR dengan ciri Dolby Vision dan Dolby Atmos. Sistem penyejukan juga dikuasakan oleh Alienware Cryo-tech.
{suggest}
Alienware m18 R2
Model yang terakhir iaitu m18 R2 menggunakan cip pemprosesan Intel Core i9 dan GPU NVIDIA GeForce RTX4070.
Untuk slot memori, model ini menawarkan 64GB RAM DDR5 dengan dua slot tambahan dan empat slot 10TB SSD M.2.
m18 R2 menggunakan paparan skrin FHD+ (1920 x 1200) 18 inci dengan kadar segar semula 480Hz serta didatangkan bersama ciri NVIDIA G-SYNC dan AMD FreeSync.
Kamera yang digunakan pula adalah FHD IR yang menyokong ciri pengecaman muka seperti Windows Hello serta disokong oleh Dolby Vision dan Dolby Atmos.
Untuk sistem penyejukan, komputer riba ini menggunakan Alienware Cryo-tech dengan tujuh saluran tembaga bagi pengaliran haba.
Harga dan ketersediaan setiap komputer buku siri Alienware terbaru ini di pasaran Malaysia adalah seperti berikut.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini dan produk-produk lain daripada Dell Technologies, sila layari laman rasmi mereka di SINI.
Sumber: Siaran Media Alienware