Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
starlink mini

Starlink Mini Akan Dilancarkan, Harga Peranti Jauh Lebih Murah

Diterbitkan Jun 18, 2024 ยท Dikemas kini Jun 18, 2024 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, gambar Starlink versi lebih kecil atau mini didedahkan di platform X. Namun, tidak perlu menunggu masa yang lama, CEO SpaceX Elon Musk ‘menyambut baik’ kiriman tersebut dan seterusnya mengesahkan peranti tersebut.

Menurut Musk, beliau sedang menggunakan peranti tersebut dan disebabkan saiznya lebih kecil, ia lebih mudah dibawa dan muat dimasukkan ke dalam beg.

https://x.com/elonmusk/status/1802567759835844838

Menarik lagi, Musk turut mengatakan yang Starlink Mini akan dijual pada separuh harga berbanding peranti sedia ada. Kalau melihat harga pasaran Malaysia, 50% lebih murah adalah sekitar RM1,150. Malah, harga langganan juga dikatakan separuh harga, mungkin di Malaysia sekitar RM110.

https://x.com/elonmusk/status/1802570997398127086

Kelajuan yang Musk kongsikan adalah 100Mbps muat turun, 11.5Mbps muat naik dan 23ms kependaman.

Ketersediaannya kepada umum pada tahun ini juga tetapi Musk mengatakan yang ia terhad kepada beberapa kawasan terlebih dahulu. Mungkin untuk melihat maklum balas orang ramai.

Walau apa pun, jika ia ditawarkan secara rasmi di Malaysia, ia satu perkara yang bagus memandang saiz lebih kecil lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Sesuai untuk digunakan di kawasan yang mempunyai liputan rangkaian tidak baik atau tiada langsung.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Qatar Airways Berkolaborasi Dengan Starlink, Tawar Wi-Fi Percuma Berkelajuan Ultra Tinggi Dalam Pesawat
  • OneLinQ, Penyedia Servis Internet Satelit Seakan 'Starlink' Tapi Dari China

Sumber: Elon Musk

Rujukan: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY