Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OneLinQ, Penyedia Servis Internet Satelit Seakan ‘Starlink’ Tapi Dari China

OneLinQ, Penyedia Servis Internet Satelit Seakan ‘Starlink’ Tapi Dari China

Diterbitkan Jun 14, 2024 · Dikemas kini Jun 14, 2024 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat China telah mengumumkan perkhidmatan internet satelit yang kelihatan sangat mirip dengan teknologi Starlink SpaceX.

Dikenali sebagai OneLinQ syarikat itu memperkenalkan perkhidmatan satelit yang menerima data jalur lebar daripada satelit yang mengorbit bumi.

Laporan berita tempatan menyebutnya sebagai peranti internet satelit pertama China untuk kegunaan awam.

Untuk menerima data jalur lebar, OneLinQ berkata peranti itu berkomunikasi dengan satelit yang mengorbit daripada APStar yang berpangkalan di Hong Kong—yang mempunyai hubungan dengan Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China, sebuah syarikat milik kerajaan China.

Screenshot 2024-06-14 at 6.03.33 PM

Tidak mengejutkan, produk itu juga menyerupai sepertimana peranti Starlink generasi kedua, walaupun ia lebih kecil sedikit, berukuran 430mm tinggi di mana Starlink pula berketinggian 513mm.

Walau bagaimanapun, peranti satelit OneLinQ itu tidak disertakan dengan penghala Wi-Fi, jadi ia mungkin terbina dengan modem di dalam peranti.

Satu lagi perbezaan utama ialah ia datang dengan pek bateri 20,000mAh.

OneLinQ, Penyedia Servis Internet Satelit Seakan ‘Starlink’ Tapi Dari China
Lengkap dengan beg peyimpanan yang kukuh.
OneLinQ 1

Walaupun terdapat beberapa persamaan dengan Starlink, produk OneLinQ adalah lebih mahal harganya.

Syarikat China itu merancang untuk menjual model standard pada harga 29,800 yuan atau sekitar RM19,400 dan edisi pro yang lebih berkuasa pula pada harga 49,800 yuan atau sekitar RM32,340.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Kit Dan Aksesori Starlink Kini Boleh Dibeli Dari GLOO Dan iTworld, Diskaun Sebanyak 50%

Sumber: PCMag, Starway.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY