Spotify Akan Tamatkan Perkhidmatannya Di Rusia Seawal April

Spotify telah memberhentikan dan menamatkan perkhidmatan penstriman muzik mereka di Rusia kesan daripada sekatan baharu negara tersebut terhadap kebebasan bersuara.

Sebelum ini, pihak Spotify telah membuat pelaburan besar dalam perkhidmatan yang meliputi berita politik dan isu-isu semasa. Pihak Spotify percaya bahawa ia sangat penting untuk mengekalkan perkhidmatan mereka di Rusia terutamanya ketika berlakunya konflik Rusia-Ukraine.

Hal ini demikian, pihak Spotify mahu menyediakan liputan yang sahih, benar dan bebas dari pengaruh luar tentang konflik yang berlaku antara Rusia dan Ukraine.

Namun langit tak selalunya cerah, awal Mac 2022 telah menyaksikan parlimen Rusia telah menggubal dan meluluskan undang-undang baharu di negara itu, Undang-undang tersebut akan menghukum mana-mana pihak yang menyebarkan berita yang tidak sahih akan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine.

Spotify Rusia Ukraine

Sekatan baharu ini akan menghukum mana-mana ucapan yang merendahkan pihak tentera. Selain itu, ia juga melarang penggunaan perkataan 'perang' untuk menggambarkan situasi yang berlaku dalam konflik Rusia-Ukraine.

Oleh itu, sekatan ini akan mengehadkan akses awam kepada maklumat terkini dan menghapuskan hak kebebasan bersuara secara langsung.

Malangnya untuk Spotify, sekatan ini boleh menjejaskan kandungan berita dan maklumat yang terdapat dalam aplikasi mereka. Tambahan lagi, keselamatan kakitangan mereka di Rusia juga boleh terancam dan mungkin membahayakan pendengar mereka.

Selepas beberapa pertimbangan, Spotify telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan mereka secara penuh di Rusia. Spotify berpendapat bahawa proses tersebut akan selesai pada awal bulan April selepas mereka menguruskan hal-hal logistik di Rusia.

Sumber: TechCrunch

Baca juga: