Menjelang acara berkenaan, spesifikasi penuh bagi dua model utama dalam siri berkenaan didakwa telah pun tertiris secara atas talian.
Menurut laman WinFuture, Huawei P30 Pro bakal dilengkapi dengan skrin OLED 6.47-inci dengan sistem imbasan cap jari dalam skrin, memori sebesar 8GB RAM dengan simpanan dalaman sehingga 512GB serta cip Kirin 980.
Dari segi kamera pula, peranti ini menggunakan tetapan 3 kamera utama 40MP lensa utama + 20MP sudut luas + 8MP telefoto serta tambahan satu sensor ToF yang dipasang secara berasingan. Ia juga didakwa hadir dengan sokongan 10x pengzooman hybrid.
Huawei P30 Pro ini bakal dijana dengan bateri berkapasiti 4,200mAh yang akan menyokong pengecasan pantas SuperCharge. Ia juga mempunyai pensijilan kalis air IP68 namun tidak akan hadir dengan bicu audio 3.5mm.
Bagi Huawei P30 pula, ia bakal menggunakan skrin OLED 6.1-inci, menggunakan cip Kirin 980, memori 6GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB serta penggunaan kamera utama 3 lensa tanpa sensor ToF dan 10x zoom.
Selain itu, model ini juga dijangka akan turut menggunakan imbasan cap jari dalam skrin serta mempunyai pensijilan IP68. Bagi bateri pula, ia dikatakan bakal dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,650mAh.
Bagaaimanapun, berbeza dengan edisi Pro, Huawei P30 ini dijangka akan dilengkapi sokongan bicu audio 3.5mm.
Walaupun maklumat ini datang dari sumber yang terkemuka, ia masih lagi diperingkat ura-ura dan hanya akan diketahui kebenarannya pada majlis pelancaran rasminya nanti.
Sumber: WinFuture via The Verge
Berkaitan
- Pocophone F1 Mula Nikmati Kemaskini Android Pie Secara Berperingkat
- Jualan Produk Peranti Dunia Dijangka Meningkat Pada Tahun Ini - Gartner
- Enjin Carian Baidu Dikatakan Punca Penghantaran Data Ke China & Bukannya Huawei P30 Pro
- Bawa Pulang Huawei Siri P20 Dengan Hanya RM 1 Dari Maxis
- Shopee Tawarkan Promosi Barangan Elektronik Bermula 23 Julai Ini
- Jualan Huawei P9 Mencecah 9 Juta Unit
- SKMM Padam 78% Daripada 3,877 Akaun Media Sosial Palsu Yang Ditemui
- Huawei Mate 20 Bersama Kirin 980 Diangkat Menjadi Peranti Android Terbaik Di Geekbench
- Android 8.0 Oreo Kini Tersedia Buat Peranti Asus Zenfone 3 Zoom
- Tunggu Dulu, Kemunculan Huawei P30 Semakin Hampir- Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini