Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi (1)

Spesifikasi Peranti Snapdragon 855 Redmi Didedahkan, Didakwa Bakal Jadi Yang Termurah

Diterbitkan April 26, 2019 oleh Haikel Areff

Pada bulan Februari yang lalu, anak syarikat Xiaomi, Redmi telah mengumumkan bahawa mereka bakal hadir dengan peranti yang dikuasakan dengan Snapdragon 855 pada harga mampu milik.

Spesifikasi Peranti Snapdragon 855 Redmi Didedahkan, Didakwa Bakal Jadi Yang Termurah
India Today

Terbaru, satu gambar CEO Redmi, Lu Weibing memegang sebuah peranti Redmi yang belum dilancarkan di sebuah pasar raya telah menjadi tular di internet.

Melihat kepada imej berkenaan, peranti itu kelihatan mempunyai paparan skrin penuh tanpa takuk, sekaligus membayangkan penggunaan kamera pop-up.

Selain itu, beberapa spesifikasi lain peranti ini juga telah didedahkan antaranya ialah ia dikatakan akan hadir dengan skrin AMOLED 6.39-inci, memori sehingga 8GB RAM dan 128GB simpanan dalaman.

Spesifikasi Peranti Snapdragon 855 Redmi Didedahkan, Didakwa Bakal Jadi Yang Termurah
Gambar Hiasan, Xiaomi Mi 9

Bagi sistem kamera pula, flagship Redmi ini dilaporkan bakal dilengkapi lensa 48MP + 8MP +13MP bagi kamera utama dan lensa 32MP untuk kamera hadapan.

Tarikh pelancaran peranti ini masih belum diumumkan namun pemerhati industri meramalkan ia bakal hadir sekitar bulan Jun nanti.

Malah, ada juga laporan yang mendakwa peranti ini bakal dilancarkan sebagai Pocophone F2 di pasaran India kelak dan akan muncul sebagai model Snapdragon 855 termurah di pasaran.

 

Sumber: India Today   GizmoChina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY