Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-02-11 at 12.16.50 PM

Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10 Didakwa Tertiris

Diterbitkan Februari 13, 2019 · Dikemas kini Februari 13, 2019 oleh Haikel Areff

Menjelang acara “Samsung Unpacked” yang akan dianjurkan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 20 Februari ini, satu lampiran yang didakwa mengandungi spesifikasi penuh siri Galaxy S10 didakwa telah tertiris.

Menurut lampiran di bawah, model Beyond2 dipercayai Galaxy S10+, Beyond 1(Galaxy S10) manakala Beyond0 adalah Galaxy S10e.

Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10 Didakwa Tertiris
Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10 Didakwa Tertiris

Kredit: GSMArena

Galaxy S10+ dikatakan mempunyai saiz yang terbesar iaitu 6.3-inci, sambil Galaxy S10 pula bersaiz 6.1-inci serta skrin 5.8-inci pula akan melengkapi model Galaxy S10e.

Ciri skrin pada Galaxy S10+ dan S10 adalah sama iaitu dilindungi Corning Gorilla Glass 6 dan pengimbas cap jari dalam skrin. Bagi model S10e pula, ia dilapisi oleh Gorilla Glass 5 serta sensor imbasan cap jarinya pula terletak dibahagian sisi peranti.

Ketiga-tiga model hari dengan skrin Dynamic AMOLED HDR+ serta fungsi pengesanan wajah.

Sistem kamera utama Galaxy S10+ dan S10 juga adalah sama iaitu 12MP f/2.4 telefoto + 12MP f/1.5 sudut lebar + 16MP f/2.2 sudut ultra-lebar, manakala Galaxy S10e pula disokong dengan kamera utama 12MP f/1.5 sudut lebar + 16MP f/2.2 sudut ultra-lebar.

Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10 Didakwa Tertiris
Leak

Untuk kamera swafoto pula, hanya model S10+ sahaja mengguna sistem dwi-kamera 10MP + 8MP, sambil S10 dan S10e menggunakan kamera 10MP lensa tunggal.

Bateri yang akan menguasakan siri Galaxy S10 ini adalah berkapasiti 4,100mAh(S10+), 3,400mAh(S10) dan 3,100mAh(S10e). Ketiga-tiga model akan dikuasakan dengan cip Exynos 9820/Snapdragon 855.

Kesemua model ditawarkan dengan warna Prism White, Prism Green dan Prism Black. Warna istimewa Ceramic Black dan Ceramic White akan tersedia bagi model 1TB Galaxy S10+, manakala Canary Yellow pula hanya ditawarkan bagi Galaxy S10e.

 

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY