Ini adalah model telefon berspesifikasi sederhana dari Google.
Tertiris lebih awal dari pengumuman rasminya, telefon pintar kategori sederhana dari Google yang mungkin akan dipanggil sebagai Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL telah tertiris spesifikasinya.
Menurut Max. J, Google Pixel 3a bakal dilengkapi dengan skrin gOLED bersaiz 5.6", berdefinisi penuh dengan resolusinya 2220 x 1080 serta ketumpatan paparan 441ppi (picel per inch).
Ia juga dikatakan akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,000mAh serta menyokong pengecasan pantas dari penyesuai kuasa 18W.
Berat peranti pula adalah 150g dan akan didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Just Black, Clearly White dan Purple-ish.
Manakala bagi telefon pintar Pixel 3a XL pula, ura-ura mengatakan bahawa ia akan dilengkapi dengan skrin gOLED berdefinisi penuh bersaiz 6.0", resolusi paparan 2160 x 1080 serta ketumpatan paparan 402ppi.
Baterinya pula berkapasiti 3,700mAh dan berat keseluruhan peranti ini adalah lebih kurang 170g.
Cip pemprosesan yang akan digunakan pula setakat ini masih kekal sepertimana ura-ura sebelum ini iaitu jenis Snapdragon 670 bagi kedua-dua model.
Peranti Android Pixel 3a dan Pixel 3a XL dari Google ini dijangka akan diperkenalkan dalam acara khas Google I/O yang akan berlangsung pada 7 Mei 2019 nanti.
Berkaitan
- Google Ke Arah Memudahkan Log Masuk Merentas Peranti, Laman Sesawang Dan Aplikasi Tanpa Kata Laluan
- Perisian Hasad Eksploitasi Kuki Untuk Godam Akaun Google
- Google Play Store Terima Kemas Kini Baru, Ini Cara Mengemas Kininya
- Lebih 50 Organisasi Menggesa Google Membuang Lambakan Aplikasi Yang Tersedia Pasang Dalam Peranti Android
- Google Lancar Pelayar Chrome Untuk PC Dikuasakan Cip Snapdragon
- Lebih 2.6 Bilion Pengguna Chrome Terdedah Kepada Eksploitasi, Google Keluarkan Kemas Kini Kecemasan
- Google Menamatkan Platfom Poly Tahun Hadapan
- Google Menyambung Sekatan Ke Atas Saluran YouTube Trump
- Isu Privasi Android, Google Setuju Bayar Saman Lebih RM1.7 Bilion
- Keperluan Minimum Dan Limitasi Servis Panggilan Video Berkumpulan Bagi Pengguna Percuma Google Meet