Soundbar LG 2020 Ditambah 'AI Room Calibration' Untuk Mengoptimumkan Audio Mereka

CES hampir tiba tidak lama lagi dan pada acara tersebut, LG akan tampil memperkenalkan soundbar yang terbaru dari mereka sempena 2020.



Soundbar yang dikeluarkan oleh LG kali ini memberikan audio yang berkualiti, senang untuk dihubungkan dan reka bentuk yang menarik. Kali ini mereka bekerjasama dengan Meridian Audio yang menampilkan teknologi seperti Bass dan SpaceĀ di mana meningkatkan frekuensi rendah. Selain itu, ia juga menyokong Dolby Atmos dan DTS:X untuk audio dinamik serta lebih teliti.

AI Room Calibration menjamin bunyi yang lebih optimum dengan output secara automatik kepada bilik yang tertentu. Model-model canggih ini mampu mengenali dan menganalisis nada untuk menilai secara tepat dimensi ruang tertentu dan menyesuaikan dengan sewajarnya. Apabila dimainkan kandungan yang dikuasai dengan Dolby Atmos atau DTS: X, teknologi ini membolehkan pengguna menikmati bunyi sekeliling yang realistik dengan audio yang muncul dari pelbagai arah. Tambahan lagi, soundbars premium LG mempunyai algoritma pemprosesan canggih yang boleh memformat fail konvensional hampir kepada kualiti studio.

Kapsyen: LG Soundbar


Sounbar baru dar LG menawarkan 4K Pass Through dan lebih banyak audio seperti pawagam dengan Kit SPK8 Wireless Rear Speaker pilihan, serasi dengan kebanyakan model soundbar LG. Dengan Google Assistant, pengguna boleh mengawal peranti smart home yang serasi dengan soundbar LG mereka. Sambungan akan lebih mudah dari sebelumnya dengan penambahan saluran pemulihan audio yang dipertingkatkan (eARC) supaya pengguna boleh memasang peranti luaran terus ke TV mereka dan menikmati bunyi tiga dimensi format audio resolusi tinggi seperti Dolby True HD atau Master Audio.