Seperti sebelum ini, LG V60 ThinQ membawakan penambahan aksesori untuk dijadikan dwi-skrin yang boleh dilipat. Peranti ini mempunyai skrin OLED bersaiz 6.8 inci FHD+ dan 2.1 inci untuk notifikasi. Panel skrin yang digunakan juga mempunyai ketahanan Gorilla Glass 5 dan pengimbas cap jari.
Untuk memori ia menggunakan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB. Bagi kamera pula ia mempunyai 3 lensa - 64MP utama, 13MP sudut lebar dan ToF (Time of Flight) yang berupaya untuk merakam rakaman video 8K. Manakala kamera swafoto pula adalah 10MP.
Selain itu, telefon pintar ini dilengkapi dengan kalis air dan habuk IP68, pembesar suara stereo dan pengecasan tanpa wayar. Bateri pula berkapasiti 5000mAh dan menyokong sistem operasi Android 10. Peranti ini didatangkan dengan dua warna iaitu Classy Blue dan Classy White dan bagi aksesori penambahan skrin ditawarkan dengan warna hitam dan putih.
https://www.youtube.com/watch?v=cMv4x_jyHHI&feature=youtu.be
LG V60 ThinQ 5G akan dilancarkan pada pasaran utama di Amerika Utara, Eropah dan Asia mulai bulan hadapan. Setakat ini tiada lagi maklumat lanjut mengenai harga bagi peranti peranti ini.
Dalam masa itu, anda boleh lihat video pengalaman kami menggunakan LG V50 ThinQ di acara MWC tahun lepas.
Sumber : LG NewsroomÂ
Berkaitan
- Teknologi 5G Malaysia Akan Beri Tumpuan Ke Atas Sembilan Industri
- Peranti 5G Mampu Milik Dengan Skrin 120Hz
- Celcom Lancarkan Sistem Pengawasan 5G Di Pelabuhan Langkawi
- StarHub dan U Mobile Malaysia Akan Bekerjasama Dalam Menjalankan Ujian Perayauan 5G SA
- Telefon Pintar 5G Pertama Untuk Pasaran Malaysia
- LG Akan Perkenalkan Alatan Elektronik Pembenihan Sayuran Pada CES 2020
- Soundbar LG 2020 Ditambah 'AI Room Calibration' Untuk Mengoptimumkan Audio Mereka
- Digi Tawarkan Pengalaman Pelancongan Maya Masa Nyata Pertama Di Malaysia Yang Dikuasakan 5G
- TV LG OLED Terima Penghargaan Pada Anugerah Red Dot Design
- Hospital Di Wuhan Guna Robot Yang Dilengkapi Teknologi 5G