Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lg tv 2019

Aplikasi Apple TV Kini Tersedia Di Televisyen Pintar LG 2019

Diterbitkan Februari 5, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Baru-baru ini, LG Electronics (LG) telah mengumumkan aplikasi Apple TV sudah boleh dimuat turun pada televisyen pintar LG 2019 mereka. Penawaran ini disediakan lebih daripada 80 buah negara.

Dengan aplikasi Apple TV, pengguna TV LG boleh melanggan saluran Apple TV langganan terus ke perkhidmatan video premium yang tersedia di dalam dan luar talian. Selain itu, ia juga boleh mengakses video iTunes dan membeli lebih 100,000 filem atau rancangan yang menarik.

lg tv 2019

LG TV 2019 juga menyokong Apple AirPlay 2 yang membolehkan pengguna berkongsi kandungan dari iPhone, iPad atau Mac terus ke televisyen. Pengguna juga boleh memainkan muzik di TV dan disambungkan dengan pembesar suara yang serasi dengan AiPlay 2. Ia juga turut menyokong Apple Homekit yang membolehkan pengguna mengawal televisyen dengan mudah menerusi aplikasi utama di iPhone atau iPad.

Televisyen pintar ini disokong dari siri OLED, NanoCell (siri SM9X dan SM8X) UHD (siri UM7X dan UM6X). Bagi pengguna televisyen pintar LG 2018, aplikasi Apple TV akan disediakan pada penghujung tahun 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY