Salah satu pengeluar yang terlibat ialah LG. Kali ini, LG akan memperkenalkan TV OLED dengan sokongan resolusi 8K pertama mereka di dunia.
Dua daripada model yang akan hadir ialah LG Signature OLED 8K TV berukuran 88 inci dan 77 inci dan enam model daripada LG NanoCell TV (Nano99, Nano97, dan Nano95) yang berukuran 75 inci dan 65 ini. Menurut LG, ''setiap model yang beresolusi 8K Ultra HD telah diiktiraf dalam industri yang ditetapkan oleh Consumer Technology Association (CTA)."
Untuk meningkatkan kualiti imej, pemprosesan Alpha 9 Gen 3 AI TV menggunakan pembelajaran mesin untuk memastikan bahawa semua kandungan, sama ada YouTube, Netflix, atau kandungan televisyen konvensional, ditingkatkan kepada 8K walaupun resolusi awalnya lebih rendah. Ianya bergantung kepada keupayaan pemprosesan untuk mengenali jenis kandungan pada skrin dan secara automatik menyesuaikan tetapan gambar untuk mengoptimumkan pengalaman tontonan.
Teknologi yang sama digunakan untuk bunyi TV. Pemprosesan akan mengenalpasti dan kemudian mengklasifikasikan audio dalam salah satu daripada lima kategori iaitu muzik, filem, sukan, drama atau berita. Kemudian, ia mengoptimumkan tetapan bunyi untuk pengalaman mendengar dengan baik.
Berkaitan
- Soundbar LG 2020 Ditambah 'AI Room Calibration' Untuk Mengoptimumkan Audio Mereka
- Vivo Bakal Pertonton Rekaan APEX 2020 Di MWC 2020
- Aplikasi Pelancongan 'Melaka eXcess' Salah Satu Usaha Majukan Industri Pelancongan Melaka
- Model Konsep Vivo APEX 3 Akan Dipertontonkan Pada MWC 2020
- Dapatkan Redmi Note 9S Edisi Terhad Berharga RM 949 Sempena Mi Fan Festival 2020
- Pulau Pinang Akan Menjadi Negeri Tanpa Tunai Menjelang Mac 2020
- Pelancaran Siri Huawei P40 Bakal Diadakan Secara Dalam Talian Pada 26 Mac 2020
- Vivo Bakal Perkenal Vivo APEX 2020 Generasi Ketiga Pada 28 Februari Ini
- Unboxing OPPO A91 (2020) Peranti Dengan Skrin AMOLED Bawah RM1000
- Model Mampu Milik ZTE Blade A5 2020 Mula Dijual Pada Harga RM 359