LG Terima 17 Anugerah Inovasi CES Bagi Kategori Perkakas Rumah Dan Komunikasi Mudah Alih Di CES 2020

Jenama teknologi LG baru-baru ini telah menerima beberapa anugerah dari pakar industri di CES 2020. LG juga telah menerima lebih 150 penghargaan pada tahun ini termasuklah Anugerah TV Terbaik CES untuk tahun keenam berturut-turut.

Anugerah Terbaik CES mengetengahkan TV OLED LG CX sebagai TV yang terbaik dari barisan TV baru yang ditunjukkan di CES 2020. Anugerah Terbaik CES adalah satu program rasmi anugerah CES yang dikendalikan oleh Engadget bagi pihak Consumer Technology Association. 

LG meneruskan penguasaannya dalam kategori TV terkemuka iaitu LG OLED TV dengan memenangi 83 anugerah dan penghormatan dari pelbagai pakar industri. "TV rollable" model TV RX (model 65RX) LG telah dianugerahkan oleh Consumer Technology Association dengan Anugerah Inovasi Terbaik CES dalam kategori paparan video.

Mesin basuh LG ThinQ baru dengan AI DD menerima penghargaan tertinggi dalam kalangan peralatan rumah di CES. Ia diiktiraf oleh USA Today dan Newsweek.  LG G8X ThinQ dengan Dual Screen dan telefon pintar 5G juga menerima Anugerah Inovasi CES.

LG AWARD CES 2020

Secara keseluruhan, LG memenangi 17 Anugerah Inovasi CES bagi seluruh perkakas rumah dan kategori komunikasi mudah alih. LG juga menerima penghargaan tertinggi daripada pakar teknologi iaitu Time, Newsweek, Engadget,The Verge, Architectural Digest dan sebagainya.

Anugerah tertinggi yang diperoleh LG di CES 2020 termasuk :

LG CX 4K OLED



  • Engadget: Best of CES

  • PC Mag: Best of CES

  • Reviewed.com: Anugerah Pilihan Editor

  • Pocket-lint: Best of CES 

  • HD Guru: CES Top Pick

  • CTA Mark of Excellence: Produk Paparan Video Tahun Ini


LG GX Gallery Series 4K OLED TV



  • Gear Patrol: Pilihan Editor CES 2020

  • BGR: Best of CES 2020

  • HD Guru: CES Top Pick

  • TechRadar: TV Terbaik CES


LG SIGNATURE OLED ZX 8K TV



  • Anugerah Inovasi CES 2020

  • CTA Mark of Excellence: Produk Paparan Video Tahun Ini

  • Gadget Match: Best of CES 2020 

  • BGR: Best of CES 2020


LG Signature RX Rollable OLED



  • Anugerah Inovasi CES 2020

  • Engadget: TV Baru Terbaik di CES 2020

  • SPY: Best of CES 2020


LG Soundbar SN11RG



  • Anugerah Inovasi CES 2020

  • CTA Mark of Excellence: Pembesar suara Tahun Ini : Soundbar


LG PuriCare Mini Air Purifier



  • Anugerah Inovasi CES 2020

  • CTA Mark of Excellence: Emerging Technologies / Disruptor / Miscellaneous Home Technology Enhancements


LG ThinQ Front-Load Washing Machine



  • USA Today/Reviewed.com Anugerah Pilihan Editor CES : Pilihan Editor

  • Newsweek: Best of CES 2020


LG Proactive Customer Care



  • USA Today/Reviewed.com Anugerah Pilihan Editor CES : Pilihan Editor


LG G8X ThinQ dengan Dwi Skrin



  • Anugerah Inovasi CES 2020


Anda juga boleh layari LG Newsroom untuk maklumat lanjut mengenai anugerah, penghargaan dan maklumat tambahan tentang produk keluaran LG yang diumumkan di CES 2020.