Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony banana_4

Sony Patenkan Pisang Untuk Dijadikan Alat Kawalan Permainan

Diterbitkan Mac 5, 2021 oleh Amalina Athman

Sony kini dilaporkan telah menerima paten bagi teknologi yang membolehkan pemain menggunakan pisang sebagai alat kawalan bagi konsol permainan PlayStation. Tidak hanya pisang, paten tersebut turut menggariskan penggunaan objek lain sebagai alat kawalan.

Berdasarkan paten tersebut, pemain boleh menggunakan kamera yang dikhaskan untuk mengimbas objek pada tangan pengguna. Sistem kemudian akan mengesan objek tersebut dan membolehkan ia digunakan untuk fungsi spesifik dalam permainan.

Sony Banana

Dengan itu, pengguna boleh menggunakan peralatan yang lebih murah dan bukan elektronik sebagai alat permainan video.

sony banana3

Selain pisang, paten tersebut turut menyatakan dua biji oren yang mungkin boleh digunakan untuk sesuatu pergerakan seperti roda stereng.

Bagaimanapun, ia masih sebuah paten, di mana belum tentu Sony akan menggunakan teknologi ini. Namun, dapat dilihat ia merupakan inovasi yang menarik jika digunakan pada masa akan datang.

Sumber: USPTO via Games Industry

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY