Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sony Mungkin Guna Nama Xperia 10 Dan Xperia 10 Plus Bagi Peranti Kelas Pertengahan

Posted on Februari 13, 2019Februari 13, 2019

Pelbagai respon pengguna telefon pintar mengenai skrin paparan Sony Xperia XA3 dan XA3 Ultra yang bernisbah 21:9.

Dikelaskan dalam segmen pertengahan, kedua-dua telefon pintar ini bakal menggunakan nama lain iaitu Xperia 10 dan Xperia 10 Plus.

Berdasarkan kicauan tweet dari Ishan Agarwal, nama baru ini berkemungkinan disebabkan perubahan rekaannya yang kini lebih memanjang.

EXCLUSIVE! Sony has changed the the name of Xperia XA3 and XA3 Plus to Xperia 10 and 10 Plus! So the renders leaked @rquandt are of the new series called Xperia 10! It makes sense that the series has been changed because the design is pretty different. You like it? #Xperia10 pic.twitter.com/ZdtGc5J2VQ

— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) February 13, 2019

Spekulasi mengatakan kedua-duanya membawakan spesifikasi lebih kurang sama seperti Snapdragon 660, RAM 4GB, storan 64GB, bateri 3500mAh dan dwi kamera belakang gabungan lensa 23MP serta 8MP.

Baca juga – Imej Sony Xperia XA3 Memperlihatkan Skrin Dengan Nisbah 21:9

Bagi saiz paparan pula, Xperia 10 dilengkapi dengan skrin 5.9 inci sementara Xperia 10 Plus bersama skrin 6.5 inci.

Selain model pertengahan, Sony dijangka tampil melancarkan model flaghsip, Sony Xperia XZ4, dan model permulaan Sony Xperia L3 pada acara MWC 2019 nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress