Sony Memperkenalkan Kad SD Paling Laju di Dunia Dengan Kelajuan 299mbps

Sony meningkatkan kelajuan dan kecekapan barisan kad SD mereka dengan siri baru SF-G. Dengan keperluan prestasi dan saiz fail yang terus meningkat saban hari, siri SF-G ini menawarkan ciri yang dipertingkatkan sesuai untuk kegunaan jurugambar dan juruvideo profesional.

Dengan rekod kelajuan menulis sehingga 299 mbps, dikuasakan dengan perisian unik dari Sony, siri SF-G ini akan menjadi kad SD paling pantas di dunia ketika ini. Kelajuan yang pantas ini dapat mengoptimumkan prestasi pengimejan digital yang menyumbang kepada keupayaan rakaman beresolusi tinggi yang stabil.

Ianya juga turut memberikan sokongan masa buffer clearing yang pendek dan hadir dengan pilihan storan dalaman 32GB, 64GB dan 128GB. Kad juga mempunyai kelajuan membaca sehingga 300 mbps.  Jika dipasangkan dengan card reader, ianya mampu memindahkan sejumlah fail yang besar ke komputer dengan pantas, menyumbang kepada kerja yang lebih cekap dan efisyen terutamanya untuk golongan profesional.

Sumber