Sony Kini Menawarkan Beberapa Tambahan Permainan PS4 ke Servis Penstriman PlayStation Now

Dalam satu kiriman di PlayStation Blog, Sony telah mengumumkan bahawa permainan PS4 akan hadir ke PlayStation Now tahun ini. Sony juga menyatakan bahawa permainan PS4 boleh didapati pada PlayStation Now melalui langganan yang yang telah ditawarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang,

Sony juga dijangkan akan melancarkan percubaan dalam bentuk beta untuk pengguna menguji permainan PlayStation 4 di servis tersebut. Namun masih tidak dapat dipastikan game mana yang akan ditawarkan ketika ini. PlayStation Now lebih memfokuskan kepada pengguna yang jarang bermain dan tidak membeli permainan baru setiap bulan. Kira sesuai untuk yang bukan gamers la.

Sony sebenarnya telah mengumumkan servis PlayStation Now akan memasuki platfrom PC pada bulan Ogos yang lalu. Syarikat itu juga memperkenalkan wireless USB adapter yang membolehkan pengguna bermain di PC dengan menggunakan alat kawalan Dualshock 4. PlayStation Now kini ialah satu servis langganan yang mempunyai 400 permainan PlayStation 3 yang dapat dimainkan tanpa CD.

PlayStation-ds1-670x447-constrain

Berikut merupakan cadangan spesikasi PC untuk PlayStation Now.

Windows 7 (SP1), 8.1 atau 10
3.5 GHz Intel Core i3 atau 3.8 GHz AMD A10 ke atas
300 MB ke atas; 2 GB RAM ke atas

USB Wireless Adapter akan berharga RM 100. Ianya akan memastikan pengguna PC dapat mengunakan sepenuhnya fungsi Dualshock 4 seperti analog sticks, touch pad, light bar, motion sensor, vibration, dan stereo headset jack.

Sumber