Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PlayStation Store_

Sony Dilapor Uji Sistem Harga Dinamik Di PlayStation Store

Diterbitkan Mac 9, 2026 · Dikemas kini Mac 9, 2026 oleh Amalina Athman

Sony dilaporkan sedang menguji sistem harga dinamik di PlayStation Store.

Harga dinamik bukanlah sesuatu yang baharu dan digunakan dalam pelbagai industri. Namun, ia biasanya jarang ditemui dalam kedai permainan dalam talian dan sering menimbulkan kritikan.

Menurut PSprices, Sony kini menjalankan ujian A/B berskala besar di 68 wilayah, di mana permainan yang sama dipaparkan pada harga berbeza untuk pengguna berlainan. Beberapa pengguna PlayStation Store mungkin melihat harga eksperimen yang jauh lebih rendah daripada harga runcit biasa.

Ujian ini melibatkan 139 permainan, termasuk permainan video AAA keluaran Sony sendiri, seperti Spider-Man 2, God of War dan Red Dead Redemption 2.

Sony's dynamic pricing now charges some accounts more money for logging in. pic.twitter.com/PIfnB4OrIG

— Pirat_Nation 🔴 (@Pirat_Nation) March 8, 2026

pic.twitter.com/SYs1UMgLUO

— ROYAL (@Royalblazen) March 9, 2026

Buat masa ini, Sony tidak menaikkan harga secara umum, sebaliknya menawarkan diskaun kepada pengguna tertentu sehingga 17.6%.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Sony: PS5 Masih Di Pertengahan Kitar Hayat, Belum Masa Untuk PS6
  • Pengguna ShopeePay Perlu Lengkapkan e-KYC Untuk Bayar Di PlayStation Store - Berkuat Kuasa 22 Januari
  • Sony Dan 13 Syarikat Antarabangsa Wujudkan Rantaian Bekalan Lestari Plastik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
©2026 WISER.MY