Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ps5 pro

Sony Pertahankan Harga PS5 Pro, Konsol Lebih Mudah Dan Senang Banding ‘Setup’ PC

Diterbitkan September 19, 2024 · Dikemas kini September 19, 2024 oleh ariff bukhari

Sejak pelancaran konsol terbarunya, PlayStation 5 Pro, Sony berdepan kritikan pengguna khususnya pemain tegar permainan konsol ekoran harga jualan yang ditetapkan untuk konsol itu, USD699 (~RM2,955).

Respon terhadap kritikan itu, Sony mempertahankannya dengan dalam satu kenyataan kepada Nikkei bahawa, membangunkan PC adalah lebih sukar dan sedikit merumitkan berbanding konsol.

Bercakap dengan Nikkei, Hideaki Nishino, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Platform di Sony Interactive Entertainment berkata bahawa, titik jualan utama kepada penggunanya dengan PS5 Pro baharu ialah kesederhanaan berbanding PC.

“Saya fikir dengan peranti mudah alih, terdapat banyak permainan yang memaparkan iklan, dan dengan PC, persediaan boleh menjadi sukar. Dengan PS, anda boleh segera menikmati kandungan yang anda beli sebaik sahaja anda menghidupkannya. Walaupun di kedai tempat anda membeli perisian, produk dipaparkan dengan jelas, menjadikannya pengalaman intuitif”.

Ini bermakna, Sony mengatakan yang konsol jauh lebih menyenangkan berbanding PC. Pengguna boleh terus hidupkan dan terus main.

Imbas kembali, PS5 Pro menerima naik taraf perkakasan seperti peningkatan kuasa grafik dan kuasa pemprosesan yang menjadikan konsol ini 2 kali lebih berprestasi dari versi PS5.

Prapesan untuk PS5 Pro bakal bermula 26 September ini dan hanya akan tersedia di pasaran bermula 7 November 2024.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY