Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-23T152027.399

Sony Dilapor Akan Fokus Permainan ‘Free-to-Play’ Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan Mei 23, 2024 · Dikemas kini Mei 23, 2024 oleh Muhd Idham

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak TweakTown, Sony kini berada dalam fasa pembuatan salah satu inovasi terbaru yang merupakan langkah pertama mereka dalam menyentuh industri permainan mudah alih untuk telefon pintar dengan PlayStation Studios Mobile.

Namun begitu, inisiatif ini telah pun dilakukan terlebih dahulu oleh Microsoft dan Sarah Bond selaku presiden Xbox telah mengesahkan kehadiran platform perkhidmatan permainan mudah alih mereka akan tiba pada bulan Julai yang akan datang.

Walaupun tujuan utama Sony ingin membekalkan platform permainan mudah alih percuma kepada para pengguna telefon pintar, permainan yang tersedia hanyalah Fate/Grand Order. Itupun tidak boleh dimainkan di Malaysia.

PlayStation Studios Mobile is seeking an experienced software engineer to design PlayStation’s platform for developing, publishing, and operating free-to-play mobile games. An individual in this role will spearhead the design and implementation of this platform; work in partnership with internal teams to connect mobile games to PlayStation services; and ensure that all mobile games meet PlayStation’s quality standards.

Buat masa sekarang, Sony masih lagi membuka pintu untuk kemasukan staf baru dalam bahagian jurutera perisian bagi mereka yang berpengalaman.

Sony Dilapor Akan Fokus Permainan ‘Free-to-Play’ Untuk Telefon Pintar

Antara ringkasan tugasan yang diperlihatkan oleh pihak Sony adalah individu yang boleh menghasilkan reka bentuk platform PlayStation Studios Mobile untuk menampung, melancar dan menjalankan permainan mudah alih percuma (Free-to-Play).

Dengan ini, mungkin kita boleh jangka yang Sony akan memfokuskan permainan berkualiti atau berstatus AAA untuk telefon pintar pada masa hadapan.

Tidak hairan juga perkara ini terjadi memandangkan industri permainan mudah alih di telefon pintar memang cukup besar serta menguntungkan.

{suggest}

Sumber: TweakTown

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY